Marilah kita sama² berdoa agar wabak virus corona ini berakhir dari ujianNya.
Allah sedang uji manusia dengan sedikit rasa ketakutan akan ancaman wabak virus yang sedang melanda dunia, tidak mengenal bangsa dan agama, mungkin inilah peringatan dan teguran dari Allah buat hamba²Nya yang lupa dan kufur nikmat. Semoga Allah lindungi kita semua dari ancaman virus ini. Satu peringatan dari Allah sudah cukup untuk mengoncang iman kita. Manusia itu sentiasa merasa selesa dan aman selagi tidak diuji. Ujian itu sentiasa baik bagi Allah..hanya sahaja manusia tidak melihat akan setiap ujian itu adalah satu teguran buat ummat. Ketika inilah pemimpin dunia sedang diuji kepimpinannya..ketika inilah hati² manusia dibaluti rasa takut dan cemas..takut dijangkiti, takut mati, takut serba serbi. Tawakal yang tinggi pergantungannya pada Allah juga sedang diuji..lihat sahaja bumi mekah kini. Allah mahu manusia berfikir sejenak. Harta dan perniagaan lumpuh seketika entah berapa lama lagi tidak diketahui..walau perniagaan kamu berlandaskan jalan menuju kebaikan..benteng ubat dan vitamin tidak cukup menjamin rasa selamat lagi.
Allah SWT berfirman:
فَاِ ذَا مَسَّ الْاِ نْسَا نَ ضُرٌّ دَعَا نَا ۖ ثُمَّ اِذَا خَوَّلْنٰهُ نِعْمَةً مِّنَّا ۙ قَا لَ اِنَّمَاۤ اُوْتِيْتُهٗ عَلٰى عِلْمٍ ۗ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَّلٰـكِنَّ اَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُوْنَ
“Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).”
(QS. Az-Zumar 39: Ayat 49)
Hakikatnya tidak ramai yang peduli akan ramainya manusia² didunia ini yg mati akibat kebuluran, kefakiran, kemiskinan, kemelaratan hidup, kekejaman dan kezaliman tangan² manusia..ada jutaan si fakir miskin didunia ini yang hanya mahu perut mereka diisi rasa kenyang sudah memadai, ada air buat minum dan mandi sekadarnya sudah cukup memberi erti sebuah ‘syukur’, ada cahaya ilmu yang mampu menerangi hati² mereka yang kelam sudah cukup walau tiada cahaya lampu menerangi gelapnya malam..sedikit peduli pada hak si fakir dan miskin mampu membawa seribu rahmat buat mereka ini.
Bersedekah tidak jatuh pada yang mampu dan berhak semata, selagi manusia itu mampu menikmati kesenangan dan kenikmatan tanpa rasa terhimpit, bersyukurlah apa yang ada dengan memberi semampu yang ada tanda bukti anda berjaya melatih hati untuk jadi orang² yang berjaya.
Mungkin ada doa² insan teraniaya yang sedang diangkat doanya..Allah mahu kita semua sedar..tiada yg lebih berkuasa melawan takdir Allah..”kun fa ya kun” jika Allah berkehendak..diturunkan musibah dan wabak penyakit untuk diuji makhlukNya.
Yakinlah akan janji Allah..
Selagi kamu bantu agama Allah ..Allah akan bantu kamu.. InshaaAllah kita buat ini semua untuk bantu agamaNya dalam bentuk ilmu kebajikan dan dakwah.
Allah SWT berfirman:
اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَا لْمُصَّدِّقٰتِ وَاَ قْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
(QS. Al-Hadid 57: Ayat 18)
Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM
Website PIKDM
https://www.pikdm.org.my/
Jom INFAK bersama PIKD
https://www.pikdm.org.my/donations/tdp/