Wanita Dan Masyarakat

Hari dan zaman berubah. Hal asas, fundamental agama harus kekal tidak berubah sedari nabi ajarkan kepada sahabat sehingga hari ini. Namun dalam hal keduniaan dan mencorak ceritera dunia, sangat luas dan besar ruang akal diberikan Allah untuk manusia berfikir dan mengolah mengikut kesesuaian zaman. Dari situ, bulan-bulan dalam Islam juga akhirnya dicipta oleh saidina Umar al-Khattab untuk memudahkan umat Islam selain menyusun hari-hari besar tertentu dalam Islam sesuai dgn prioritinya. Hasil susunan takwim itu, Umar meletakkan bulan Haji di akhir kalender Islam, kerana simboliknya Haji adalah kemuncak ibadah seseorang muslim.

Hari ini, semua negara yang dijajah punya hari yg mereka pilih untuk menyambut dan memperingati kemerdekaan, begitulah arab saudi yg dikenali Dār al-Tauhid. Kerana ia bukanlah ibadah khusus, namun semangat itu di tanam melalui nas-nas umum Islam, ia tiada menjadi kesalahan bahkan harus dipuji kewujudan hari kemerdekaan.

Begitu juga hari wanita, memang ia tidak punya dalil sambutannya. Memang juga Islam telah mengangkat maruah wanita sejak awal kewujudannya. Namun zaman kini berubah, berapa ramai yang berbaju agama ‘mengurung’ wanita dengan menggunakan nas-nas agama dengan jelik sekali? Akhirnya dunia melihat Islam menindas wanita sedangkan senario wanita-wanita yg hidup di zaman Rasulullah sangat berbeza dengan apa yang digambarkan kumpulan ekstrem tersebut.

Maka itu dunia mencipta Hari Wanita. Untuk memperlihatkan kembali wanita ada maruah yang harus ditinggikan, wanita punya posisi yg harus dikembalikan, wanita ada nilai intelektual yang hebat yang harus dicernakan. Untuk siapa? Untuk agama dan kemakmuran dunia. Seperti siapa? Seperti Āisyah r.anha.

Beberapa contoh wanita yg diambil peranannya ketika era Rasulullah dan Sahabat r.anhum.

Zaynab binti Jahsy al-Asadiyyah (‘Ismah al-Din 1993:307) adalah wanita yang mempunyai kemahiran tangan dalam pekerjaan menyamak kulit dan menjahit manik dan hasil jualan disedekahkan pada jalan Allah SWT. Beliau juga mahir mencelup pakaian dengan warna. Di Madinah, terdapat seorang wanita bernama al-Hawlā’ merupakan penjual minyak atar. Wanita keturunan al-Asadiyyah bekerja mengumpul benang bulu binatang, rambut, sabut dan memintalnya. Selain itu, Kharqā’ iaitu ibu saudara sebelah ibu Jābir bin ‘Abdullah mempunyai kebun kurma dan datang menemui nabi SAW meminta nasihat semasa beliau dalam iddah. Lantas nabi SAW tidak melarangnya keluar ke kebunnya untuk memetik buah kurma supaya dapat dijadikan sebagai sedekah atau suatu penghasilan yang baik dari buah tersebut. Beliau juga berkhidmat sebagai tukang sapu masjid Rasulullah SAW.

Shifa’ binti ‘Abdullah sangat menyukai Rasulullah SAW dan banyak mempelajari hadis daripada baginda mengenai urusan agama dan keduniaan. Beliau sangat bergiat dalam dakwah menyeru masyarakat kepada Islam dan tidak ketinggalan dalam menjelaskan perkara yang salah. Oleh yang demikian, ‘Umar bin al-Khattāb sangat percaya kepadanya dan selalu memberi kepadanya tanggungjawab menguruskan perjalanan pasar (Mahmūd Mahdiyy & Mustafā Abū al- Nasr 1992: 229). Sejarah ini sangat memberi bukti bahawa masyarakat Islam menaruh kepercayaan kepada wanita dalam menjalankan urusan kemasyarakatan. Bahkan banyak lagi contoh kegiatan-kegiatan wanita secara individu atau berkumpulan dalam masyarakat dari aspek politik dan keagamaan. Bahkan tokoh wanita seperti Shifa’ binti ‘Abdullah sangat masyhur dalam sumbangannya terhadap masyarakat disebabkan penguasaannya dalam pelbagai bidang yang dapat dimanfaatkan kepada masyarakat.

Maka kumpulan Islam harus menjuarai Hari Wanita ini. Mempromosi nilai-nilai tinggi wanita yg diangkat oleh Islam. Mempertontonkan kepada masyarakat yg Islam meletakkan wanita pada satu tingkat yang tidak boleh ditandingi oleh lelaki. Islam meletakkan wanita sesuai dengan keadaannya. Jangan biarkan hari wanita itu dicemari dengan promosi hak-hak ‘mendedahkan setiap inci warna kulit’ mereka yang didominasi kumpulan ekstrem faminisme yg gagal melihat Islam telah lama mengangkat golongan mereka ke satu ufuk yang sangat terpuji.

Akhirnya, beserderhanalah dalam segenap isu yang dibincangkan. Berdoa agar hidayah itu sentiasa bersama kita. Selamat Hari Wanita buat semua wanita-wanita hebat.

Nota hujung:

‘Ismah al-Din Karkar. 1993. Al-Mar’ah fi al-‘ahd al-Nabawiyy. Beyrūt: Dār al-Gharb al-Islamiyy.

Mahmūd Mahdiyy & Mustafā Abū al-Nasr. 1992. Nisā’ Hawl al-Rasūl. Jeddah: Maktabah al-Sawādiyy.

Azyyati, Farizah & Salasiah. 2012. Khidmat Sosial Wanita Pada Zaman Rasulullah saw.

Oleh: Mohammad Sufian Talib
[Penasihat agama PIKDM]

Website PIKDM
https://www.pikdm.org.my/

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55534
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)