‘Abdullah bin’ Abbas RA berkata:
Ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan baginda memerintahkan (kami) untuk berpuasa padanya, mereka (para sahabat) bertanya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya ia adalah hari yang sangat diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda, “Pada tahun depan in sha Allah, kita akan berpuasa pada hari ke sembilan (Muharam).”
Ibn ‘Abbas berkata: Lalu tahun depan itu, tidak kunjung tiba, hingga Rasulullah ﷺ wafat.
(HR. Muslim: 1916) – http://hadits.in/muslim/1916
Kata Imam Al-Shafi’i dan selainnya:
Digalakkan berpuasa pada kedua-dua hari ke-9 dan hari ke-10 (Muharam), kerana Nabi sallallahu alaihi wasallam telah berpuasa pada hari ke-10, dan baginda berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.
Waullahhua’lam
Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM
#PIKDM