BUKAN SEKADAR BANTUAN, TETAPI SAHAM AKHIRAT – PERJUANGAN PIKDM MEMBELA MASYARAKAT PULAU JAMBONGAN
Apakah yang mendorong PIKDM untuk terus membantu masyarakat di Pulau Jambongan?
Dalam perkongsian ini, Puan Lynnda Abbas, Pengerusi Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) menceritakan bagaimana bermulanya hubungan PIKDM dengan masyarakat Pulau Jambongan serta kesungguhan dalam mengangkat isu kemanusiaan, pendidikan dan kebajikan penduduk setempat.
Beliau turut berkongsi tentang kepercayaan terhadap usaha yang dibawa oleh Ustaz Azam, cabaran kehidupan masyarakat yang berdepan kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik, serta kepentingan kerjasama antara NGO dalam membawa perubahan.
Antara usaha yang diketengahkan ialah projek bekalan air bersih melalui kerjasama PIKDM dan IHSANKU, sebagai salah satu ikhtiar untuk memberikan manfaat berpanjangan kepada penduduk.
Bagi PIKDM, setiap usaha membantu mereka bukan sekadar bantuan sementara, tetapi peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan menjadi saham akhirat.
Semoga setiap sumbangan, usaha dan kerjasama yang diberikan menjadi asbab kebaikan buat seluruh masyarakat Pulau Jambongan.
Jom saksikan perkongsian penuh emosi daripada Puan Lynnda Abbas.
Sumber: Facebook PIKDM








