


Menjadi seorang sukarelawan bukanlah suatu yang mudah, kerana segalanya perlu dilakukan dengan rela hati tanpa mengharapkan balasan daripada orang lain. Untuk menjadi sukarelawan, seseorang itu perlu melakukan pengorbanan sama ada dari sudut harta, masa ataupun tenaga. Maka sebab itulah menjadi seorang sukarelawan merupakan satu pekerjaan yang mulia.
Dalam membentuk komuniti yang sejahtera, aman dan harmoni, sukarelawan sangat penting sebagai penggerak aktiviti kebajikan, serta menjadi contoh dan pembakar semangat kepada orang lain untuk turut melibatkan diri dalam kerja kesukarelawanan.
Peluang untuk berbakti kepada masyarakat, meluaskan jaringan sosial, serta menambah kemahiran dan pengetahuan melalui pelbagai program dan aktiviti sukarelawan yang bermanfaat.
Memupuk sifat kasih sayang sesama manusia.
Menjadikan kita berasa lebih bersyukur.
Memupuk ukhwah dan tambah kenalan baru.
PIKDM sentiasa mempunyai projek kebajikan yang memerlukan khidmat sukarelawan, sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Kepakaran anda dalam bidang masing-masing sangat diperlukan untuk menggerakkan PIKDM dan menjayakan projek-projek kebajikan.
Kami melaporkan setiap program kepada penginfak. Lihat sendiri hasil sumbangan anda di lapangan.
RM5, RM10 atau RM50 — setiap ringgit yang ikhlas dicatat sebagai amal jariah. Mulakan hari ini.

