LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM AGIHAN AIR UNTUK SEMUA SIRI 27&28
Alhamdulillah, pada 26 Jun 2026, Asar Humanity dengan kerjasama PIKDM telah berjaya melaksanakan Program Agihan Air Bersih kepada penduduk yang terjejas akibat musim kemarau di Kampung Parung Gede dan Kampung Lebak Pasar.
Musim kemarau yang berlarutan hampir sebulan telah menyebabkan sumber mata air dan telaga penduduk semakin berkurangan, malah sebahagiannya telah kering. Keadaan ini menyukarkan masyarakat untuk mendapatkan bekalan air bagi keperluan harian seperti mandi, mencuci, memasak dan minuman.
Melalui program ini, sebanyak:
2 buah lori tangki air bersih telah dihantar.
16,000 liter air bersih telah diagihkan.
200 buah keluarga (KK) telah menerima manfaat daripada program ini.
Alhamdulillah, proses pengagihan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat. Bantuan ini menjadi penyelesaian sementara dalam memenuhi keperluan asas penduduk serta meringankan beban mereka sepanjang musim kemarau.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PIKDM atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga setiap titisan air yang disalurkan menjadi amal jariah yang berterusan, membawa keberkatan serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Siri 27
- Mas
- Ismail Salleh
- Nora Ramli
- Siti Nurhalina
- Inara
- norazms
- Arwah Muhamad Khairi M Khair
- Hamba Allah
- Riffa
- Shamsia Aziz
Siri 28
- Siti Nurhalina
- Nadeera
- Inara
- LA
- AyahbondaLA
- mokde & abang
- Abah & Mak
- Ayah & Mak
- Eddie Hasbullah
Jazakumullahu khairan buat para penginfak budiman.
LINK INFAK WATER TANK SIRI AKAN DATANG
Infak Air Bersih (Water Tank) Indonesia
https://www.pikdm.org.my/…/infak-air-bersih-water-tank…
Anda Juga Boleh Bantu Gerak Kerja Kami Dengan Salurkan ke:
Maybank:
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175
Atau infak online:
www.pikdm.org.my/donations/tabung-pengurusan-pikdm
#WaterTankIndonesia
#AirUntukSemua
#PIKDM
#ASARHumanity
#WaterTankSiriKe27
#WaTerTankSiriKe28




Galeri ini memuatkan sebahagian gambar sahaja. Untuk melihat keseluruhan koleksi gambar, sila layari hantaran penuh di Facebook PIKDM.
Sumber: Facebook PIKDM



