AMALAN-AMALAN BERKAIT DENGAN BULAN MUHARRAM

AMALAN-AMALAN BERKAIT DENGAN BULAN MUHARRAM

1. Diharamkan Peperangan, Penganiayaan, Penzaliman Sesama Manusia.*
(یَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلشَّهۡرِ ٱلۡحَرَامِ قِتَالࣲ فِیهِۖ قُلۡ قِتَالࣱ فِیهِ كَبِیرࣱۚ)
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar,
[Surah Al-Baqarah 217]

(فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ)
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya);
[Surah At-Tawbah 36]

2. Kelebihan Berpuasa Bulan Muharram

a) Berpuasa Muharram Sebulan Penuh
Muharram adalah bulan paling afdhal untuk sesiapa yang ingin berpuasa sukarela, sebulan penuh, selepas Bulan Ramadhan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَفْضَلُ الصِّيَامِ، بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ، وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ»
Daripada Abi Hurairah -رضي الله عنه-, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah -صلى الله عليه وسلم-: *«Seafdhal-afdhal puasa, sesudah Ramadhan, adalah bulan Allah; Al-Muharram, dan seafdhal-afdhal solat, sesudah yang fardhu, adalah solat* [di waktu] *malam»*
[Sahih Muslim no. 1163]

b) Berpuasa Pada 10 Muharram (Hari Asyura)
– Hari Asyura adalah hari kesepuluh Muharram. Ia adalah hari yang dimuliakan sejak sebelum kedatangan Nabi -صلى الله عليه ةسلم-.

– Berpuasa Hari Asyura asalnya adalah fardhu sebelum datang kewajipan puasa Ramadhan.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانُوا يَصُومُونَ عَاشُورَاءَ قَبْلَ أَنْ يُفْرَضَ رَمَضَانُ، وَكَانَ يَوْمًا تُسْتَرُ فِيهِ الْكَعْبَةُ، فَلَمَّا فَرَضَ اللَّهُ رَمَضَانَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ شَاءَ أَنْ يَصُومَهُ فَلْيَصُمْهُ، وَمَنْ شَاءَ أَنْ يَتْرُكَهُ فَلْيَتْرُكْهُ ”
Daripada Aisyah -رضي الله عنها-, beliau berkata: Dahulunya mereka berpuasa Asyura sebelum difardukan Ramadhan. Ia adalah hari yang dikelambukan padanya Kaabah. Maka apabila Allah memfardukan Ramadhaj, telah bersabda Rasulullah -صلى الله عليه وسلم-: ” Sesiapa yang mahu untuk berpuasa akannya, maka puasalah akannya, dan sesiapa yang mahu untuk meninggalkannya, maka tinggalkanlah ia ”
[Sahih Al-Bukhari no. 1592]

– Ganjaran berpuasa Hari Asyura adalah penghapusan dosa bagi satu tahun yang telah lalu.
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:” وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”
Telah bersabda Rasulullah -صلى الله عليه وسلم-: ” Berpuasa Hari Asyura, aku harap kepada Allah agar Dia hapuskan dosa setahun yang sebelumnya ”
[Sahih Muslim no. 1162]

– Digalakan untuk sesiapa yang berpuasa Asyura untuk berpuasa juga sehari sebelumnya, bagi mengelakkan menyerupai Bani Isreal; Yahudi dan Nasrani .
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ : حِينَ صَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ، وَالنَّصَارَى، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ – إِنْ شَاءَ اللهُ – صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ “. قَالَ : فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Daripada Abdillah bin Abbas -رضي الله عنهما-, beliau berkata: Ketika berpuasa Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- hari Asyura, dan Baginda memerintahkan dengan berpuasa akannya, mereka berkata: Wahai Rasulallah! Ia adalah satu hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka bersabda Rasulullah -صلى الله عليه وسلم-: ” Apabila tahun akan datang – jika dikehendaki oleh Allah – kita akan berpuasa [juga] hari yang kesembilan “. Beliau berkata: Lalu tidak sampai tahun yang akan datang melainkan telah wafat Rasulullah -صلى الله عليه وسلم-.
[Sahih Muslim no. 1134]

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia