Misi Ziarah 14 Rumah Hangus Terbakar Kemboja – 9 Mac 2019 (Day 1)

Lokasi ke 3 – Swaitanom

Setelah selesai misi agihan beras, mee dan wang zakat di Kg Boat, kami bergerak ke daerah Swaitanom yang mengambil masa hampir 2 jam juga jauhnya. Ketika kami sampai di lokasi, waktu maghrib baru sahaja masuk dan kami dijamu minum air tin dan biskut. Laluan kami untuk sampai kesini agak gelap dan keadaan jalan yang tidak berturap melambatkan lagi perjalanan kami.

Sumbangan infak dari PIQD (kini PIKDM) untuk mangsa kebakaran diserahkan kepada Ketua Kampung.

Team PIQD (kini PIKDM) dan KAA meneruskan perjalanan ke Kg Cham, untuk menyeberangi Kg Cham van kami perlu menaiki feri untuk melepasi sungai mekong sebelum kami meneruskan perjalanan seterusnya untuk sampai ke Sekolah Wedo yang terletak di Phum Thmey.

Untuk sampai ke Kg Cham dari Swaitanom, van kami perlu menaiki feri menyeberangi Sg Mekong selama 15minit. Perjalanan feri dalam keadaan malam yang gelap gulita hanya bercahayakan sedikit cahaya lampu feri. Alhamdulillah sampai di tebing seberang Kg Cham, van kami meneruskan perjalanan semula untuk sampai ke Sekolah Wedo.

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 49635
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)