Misi Ziarah Kebajikan & Kemanusiaan Kemboja 10 Mac 2019 (Day 2)

Misi Ziarah ke Sekolah Wedo Phum Thmey

Misi Ziarah PIQD (kini PIKDM) ke Sekolah Wedo untuk menyaksikan sendiri 2 kelas tambahan yang dibina atas infak PIQD (kini PIKDM) pada November 2017 terlaksana juga akhirnya. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Dua (2) kelas tambahan ini diperlukan untuk dibina pada kadar segera adalah disebabkan penambahan murid yang semakin bertambah dan Sekolah Wedo pada ketika itu cuma ada tiga (3) kelas sahaja. Sewaktu rayuan membina dua (2) kelas tambahan ini disuarakan oleh Ustaz Zahry Ismael kepada kami, hanya satu perkara sahaja yang kami fikirkan “murahnya untuk bina dua (2) kelas tambahan kadar segera hanya perlu RM15K yang diminta ustaz”. Memandangkan jumlah yang diminta tidaklah terlalu tinggi maka disegerakan oleh kami untuk memenuhi tuntutan keperluan 2 kelas tambahan ini.

Melihat kesungguhan para pelajar baru yg kebanyakannya asnaf dan mualaf yang bersemangat mahu belajar di sekolah ini hingga rela belajar dibawah pokok sebelum adanya dua (2) kelas tambahan ini, membuatkan kami rasa terpanggil untuk segerakan permintaan Ustaz Zahry Ismael pada waktu itu. Lalu pada tahun 2017 telah dibina 2dua (2) kelas tambahan ini untuk menampung penambahan pelajar.

Namun setelah kami sampai ke Sekolah Wedo, dengan melihat keadaan sekolah ini, banyak rupanya sejarah bagaimana ianya bermula yang kami tidak tahu. Setelah berada disitu, barulah kami dapat gambaran jelas keadaan disitu dan bagaimana Ustaz Zahry berusaha membesarkan sekolah ini berperingkat-peringkat seiring dengan penambahan murid dan penambahan mualaf yang semakin hari semakin ramai yang datang berjumpa beliau untuk ikrar lafaz syahadah tanda mahu kembali kepada agama fitrah Islam. Allahhu Akbar nikmat berganda beliau dapat.

Beliau bukan sahaja berjaya mendirikan sekolah ini untuk menyebarkan syiar islam dan membantu golongan asnaf yang dahagakan ilmu malah beliau juga berjaya berdakwah kepada masyarakat kampung dan non-muslim dengan jalan kebajikan dan dakwah. Antara tarikan non-muslim pada agama islam adalah akhlak yang ditonjolkan orang Islam. Sikap suka tolong menolong dan saling bekerjasama antara sebab kebanyakan non-muslim ini tertarik dengan Islam. Benarlah akhlak itu adalah dakwah.

Disini PIQD (kini PIKDM) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jazakumullahhu khayran buat para penginfaq PIQD (kini PIKDM) yang selama ini tidak pernah jemu-jemu menyokong usaha kecil PIQD (kini PIKDM) dalam kerja-kerja kebajikan, dakwah dan kemanusiaan. Sokongan dan kepercayaan anda untuk terus beramal soleh telah membuatkan ramai insan-insan bertuah diluar sana mendapat banyak manfaat kebaikan. Semoga kebaikan yang mereka perolehi hari ini menjadi saksi di hadapan Allah nanti. Semoga Allah terima amal kita semua. Allahhumma Aameen.

○○○○○●●●●●●

Kronologi terbinanya Sekolah Wedo

Asal mula-mulanya dibina surau oleh saudagar Arab dari Kuwait.

Kemudian ustaz bawa kawan dia datang ziarah sekolah dan dia tengok Ustaz mengajar bawah pondok sahaja, sekarang ini tempat letak basikal pelajar. Melihat keadaan itu terus dia infaq buat dua (2) kelas. Kelas tetap tidak cukup selepas itu, murid semakin bertambah. Kemudian diminta PIQD (kini PIKDM) bina dua (2) kelas tambahan . Dan pada Nov 2017 PIQD (kini PIKDM) dapat binakan 2 kelas tambahan lagi. Pada 2018 ada lagi seorang penginfaq bina 3 kelas blok C, kemudian datang lagi penginfak tambah sambung 2 kelas lagi di block B. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mereka. Bantuan Allah sampai dengan pelbagai cara jika Allah berkehendakan.

Kelas semakin bertambah dan guru pun terpaksa di tambah. Seronok tengok murid2 di sini bersemangat mahu belajar.

Cambodia merupakan negara miskin yang sentiasa dapat perhatian dunia, Islam khususnya.

Bila ditanya surau siapa bina Ustaz? Ustaz jawab, kebanyakannya “Pak Arab buat”, NGO dari Malaysia buat dan orang negara luar yang buat.

Kalau Sabah adalah lubuk dakwah manakala Cambodia adalah lubuk infak. Dari ibadah korban, sekolah tahfiz, pam air, bantuan asnaf menjadi tumpuan para penginfaq luar untuk ke Cambodia bagi menyalurkan bantuan.

InshaaAllah PIQD (kini PIKDM) berhasrat untuk lancarkan dana khas bagi penambahbaikan dua (2) kelas tajaan PIQD (kini PIKDM) dan juga beberapa keperluan lain.

Nantikan update #JomInfakPIQD (kini PIKDM). InshaaAllah.

Bersambung…

#Piqd(kini #PIKDM)
#MisiCambodia
#PIQD(kini PIKDM)KAA

 
 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55533
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)