Misi Ziarah Kg Boat Ti Muoy Village
Destinasi pertama kami setibanya dari Airport terus dibawa ke Kg Boat dimana seramai 300 keluarga sedang menunggu kedatangan kami untuk menerima sumbangan beras, mee dan duit zakat.
Persiapan telah dilakukan terlebih awal oleh jentera Ust Zahry Ismael sebelum kami tiba. Hanya sahaja menunggu penyerahan dan agihan sumbangan oleh pihak NGO kami.
Keadaan cuaca yang sangat panas suhunya antara 37°c -39°c dengan kering berdebu sedikit mencabar namun ia adalah sebahagian dari lumrah kerja berkebajikan dan kemanusiaan ini.. ketika kami menjejakkan kaki di kg boat ini..terasa bahang menyengat mengalahkan kepanasan angin laut. Bayangkan mereka ini berkampung disini dalam keadaan yg serba dhoif.
Kebanyakan mereka ini adalah nelayan.Pendapatan seharian mereka sekitar RM15-RM20 sehari.Disinilah rumah, disinilah sumber rezeki mereka..disitu jugalah air kegunaan harian mereka seharian…air minuman dan basuhan mereka dari sungai ini juga.
Rumah rumah mereka tersangatlah dhoif, namun yang menarik di Kg Bot ini ada surau dibina disini dan sangat dhoif surau ini.
Bersambung…