Ahad 5hb Mei 2019
PIQD (kini PIKDM) bersama Ust Fadli Mudir dan Pengasas Madrasah Jannatul Ulum Batang Kali berserta sahabat NGO KAA dan MR telah melakukan ziarah kebajikan dan dakwah sekaligus mengimarahkan solat Tarawih pertama di surau kampung orang asli di Pos Beswok Sg Siput Perak ahad yang lepas baru-baru ini.
Kami bertolak tengahari dengan menaiki 2 kenderaan 4×4 ranger dan 1 MPV. Selesainya solat tarawih bersama jemaah orang asli di surau baru beswok kami bergegas pulang untuk memastikan kami sempat sampai dan bersahur bersama keluarga masing-masing untuk sahur yang pertama. Alhamdulillah kami sampai dirumah masing masing sekitar jam 2-3pagi.
Sewaktu disana, seusai solat maghrib kami meraikan penduduk kg disini dengan makan malam bersama yang disediakan oleh para para ibu kalangan orang asli disini secara gotong royong. Sebelum meneruskan solat isyak dan tarawih, tazkirah ringkas berkaitan puasa telah disampaikan oleh ust fadli untuk membimbing mereka tentang asas asas yang perlu diketahui tentang bab puasa dan solat tarawih.
Sumbangan dapur pek ramadhan untuk 20 keluarga islam disini disumbangkan oleh PIQD (kini PIKDM) berserta 10 naskah mushaf untuk manfaat surau ini, manakala beras disumbangkan oleh pihak Manhaj.
Sumbangan pakaian dan barangan keperluan lain turut disumbangkan melalui KAA dan MR.
InshaaAllah PIQD (kini PIKDM) juga akan menaja iftar bagi 2 hari terpilih di surau beswok ini.
Surau yang baru ini telah siap sepenuhnya tahun ini hasil sumbangan orang ramai dan beberapa NGO. Tahun ini merupakan kali pertama solat Tarawih didirikan di sini dan di surau baru ini.
Surau baru ini telah diimarahkan oleh 20 keluarga islam disini. Berasal dari seorang jemaah yang memeluk islam bernama ‘lan’ kemudian telah diserap masuk ke Manhaj untuk menjalani proses mendalami islam secara intensif hampir setahun lamanya, mampu menampakkan perubahan yang membanggakan bagi saudara baru.
Objek utama Ustaz Fadli Mudir Manhaj bukan sekadar berdakwah dan berkebajikan semata-mata. Antara objektifnya sejak mula terlibat dengan kerja-kerja dakwah kalangan orang asli adalah untuk melahirkan duat dari kalangan orang asli itu sendiri.
Alhamdulillah usaha yang berbaloi dapat dilihat dari usaha gigih tanpa jemu beliau selama ini telah menampakkan hasil yang membanggakan. Yang lahir Islam pun belum tentu mampu menjadi duat, kini Imam surau Beswok ini dipimpin oleh ‘imam lan’ yang berasal dari orang asli disini’ kini sudah 20 keluarga diislamkan dibawah tangan Ustaz Fadhli bermula dari seorang kini 20 keluarga telah diislamkan di Kg Beswok ini. Mengenali akhlak Ustaz Fadhli yang istiqomah dalam kerja dakwah mahupun akhlak yang sentiasa mempamerkan sikap sabar dan hikmahnya dalam berdakwah sekaligus membuatkan beliau antara insan-insan pendakwah yang saya senang berurusan dan dekati. Akhlak beliau sentiasa mendahului…MashaaAllah.
Barakallahu feek atas usaha dakwah beliau yang istiqomah ulang alik ke kg orang asli untuk memastikan syiar Islam disebarkan. Semoga Allah berkati usaha beliau dan para para duat dibawah bimbingan beliau.
#PIQD (kini #PIKDM)
#MisiPiqd
#MisiPraRamadhan
#DapurPek
#PosBeswokKgOrangAsal
#Manhaj
#KAA
#MR