Misi Agihan Iftar Pek & Beras untuk Maahad Darul Hijrah Tahfizul Quran & Komuniti Rohingya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Projek Ramadhan-Raya 1440H)

8 Mei 2019 – Ramadhan ke 3

Misi hari ini merupakan agihan sumbangan Projek PIQD (kini PIKDM) berupa 100 kampit beras 10kg setiap satu. dan 190 iftar pek untuk pelajar-pelajar Maahad Darul Hijrah Tahfizul Quran  serta 100 komuniti Rohingya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Terima kasih buat 2 sukarelawan PIQD (kini PIKDM) yang membantu tenaga dan ‘transport’. Akhi Syafiq Roszman dan sahabatnya ‘Mr Michael’, yang diberi peluang untuk melihat kerja-kerja kebajikan yang kami kendalikan. Beliau sangat menghargai usaha ini dan ini juga merupakan peluang dakwah kami. Bersesuaian dengan motto kami “Amal bil Ihsan Dakwah bil Hikmah”.

Terima kasih sahabat Nani Annuar dari core team PIQD (kini PIKDM) yang turun membantu kelancaran agihan.

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman lagi pemurah. Semoga amalan kita diterimaNya. Teruskan menyumbang. Kami masih perlukan sumbangan infak anda demi membantu mereka mereka yang memerlukan.

#PIQD (kini #PIKDM)
#Rohingya
#IftarPek
#DapurPek
#PRR1440H

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia