Laporan Terkini
Alhamdulillah perigi 1, 2, 3 dan 4 telahpun siap sebelum ramadhan dan telah memberi manfaat yang banyak kepada penduduk kampung di Kemboja ini.
Air merupakan antara nikmat terpenting bagi manusia. Allah rezekikan mereka yang memerlukan air ini melalui infak pewakaf-pewakaf PIQD (kini PIKDM). Nilai air ini sangatlah tinggi bagi mereka yang tiada sumber air bersih sebelum ini, terutamanya kegunaan harian. Nikmat di bulan Ramadhan. Amal jariah yang sentiasa menguntungkan.
Jazakumullahhu khayran para penginfak budiman.
Barakallahu feekum.