Misi Bantuan Tangki Air 1.0

Apa sahaja bantuan daripda PIKDM (sebelum ini dikenali PIQD) berikan, semua sangat bermanfaat dan orang Pulau Jambongan akan manfaatkan sebaiknya.

Bantuan pakaian persekolahan, bantuan duit, dan lain² lagi..mereka sangat hargai..Tahun ini tiada bantuan Set Peralatan ke sekolah dari NGO kami untuk pelajar² Mads kerana Pengerusi Mads memaklumkan pakaian mereka masih elok lagi dan ibubapa mereka memang jaga setiap pemberiaan infak yang mereka dapat akan mereka jaga sebaiknya..”baju dan beg sekolah masih elok lagi, makanya mereka masih boleh guna lagi apa yang mereka terima dulu kecuali lah kasut yang sudah koyak rosak mereka terpaksa beli baru”, kata cikgu azam pada saya.

PIKDM hanya mewakilkan MADS untuk sumbangan 2 asnaf yang layak sahaja iaitu Pn Rosinah di sandakan dan Pak Amin (si tukang kebun) di pulau Jambongan Sabah.

Betapa mereka menghargai setiap sumbangan infak itu dan mereka tidak mahu anak² ini sentiasa dimanjakan dengan pemberiaan.. “biarlah mereka belajar erti susah sikit..biar mereka tahu menghargai dan bersyukur”. Begitulah respon balas Cikgu Azam yang sentiasa ada unsur mendidik. Mendidik ‘sikap’ perlu dibina dari awal lagi..inilah yang diterapkan Mads yang membuatkan PIKDM mahu terus menjayakan Projek Angkat bersama Mads. Melahirkan generasi berilmu lagi berakhlak adalah matlamat kami.

“Contoh yang terkini, bantuan tangki air sebanyak 10 tangki yang telah diwakafkan PIKDM untuk Misi Tangki 1.0 menutupi kalendar 2019 adalah penutup yang sangat mengembirakan orang kampung.Bantuan tangki air jelas menampakkan sangat raut wajah bahagia mereka bila ada sumbangan infak tangki ini. Sudahlah dapat tangki, diberikan set pancuran pula. Di bagi tempat letak tangki pula, selepas itu semuanya ada siap tukang buat dan mereka tinggal guna sahaja. MaaShaaAllah” – cerita Cikgu Azam (Pengerusi Mads) pada saya.

Untuk projek sulung tangki ni, kita mulakan dari kg hujung terlebih dahulu..InshaaAllah kemudian barulah kita lancarkan ke kampung² yang dikenalpasti memerlukan.

Reaksi orang kampung rata²nya sangat bersyukur dan berterima kasih yang tak terhingga kepada PIKDM dengan Projek sulung bantuan tangki air PIKD Misi 1.0 yang dilancarkan pada Disember 2019 baru² ini dan disempurnakan Januari baru ini.

Misi 2.0 bantuan tangki air PIKDM akan dilancarkan pada Januari/Februari 2020 InshaaAllah sasaran sebanyak 15 tangki lagi bakal dilancarkan. Nantikan poster pelancarannya di page PIKDM.

Ramai orang kampung mula datang berjumpa cikgu azam (Pengerusi Mads) bertanya kalau² rumah mereka pun tersenarai dapat. Semua mereka mengharapkan dapat tangki.

Cikgu azam hanya mampu berkata “doalah minta pada Allah moga² Allah bagi nanti”.

Ini baru di kg hujung. Belum kampung lain lagi. Semua pakat merayu minta. Sebab mereka tahu keperluan air itu sangat penting. Bila waktu² kemarau tiba, ada yang terpaksa mandi dengan sebotol air mineral..dan berjimat cermat lebihlah lagi bagi yang punya 1 tangki cuma. Mereka tahu bahawa PIKDM bagi terus dan hantar depan rumah terus. Hantar depan rumah terus siap pasang pulak. Allahu!. Siapa tak bahagia dan bersyukur. Yang menguruskan pun tumpang bahagia dan gembira.

Hilang semua penat, hilang semuanya dengan melihat bahagia orang yang memerlukan. Boleh sahaja cikgu azam pilih untuk tidak mahu susahkan diri urus tangki ini, boleh saja cikgu azam duduk di sandakan pergi berjalan², lepak sana sini. Tapi beliau pilih untuk berkhidmat dan berbakti pada Mads dan orang kampungnya di usia mudanya beliau mampu berperanan seolah² ketua penghulu. Rasa puas dan tenang itu lebih dirasai bilamana berada di Pulau Jambongan. “Moga Allah kekalkan azam begini sampai bila²” – kata saya pada cikgu azam.

Semalam Mantan imam, Hj Sahibul datang ke rumah azam. Bertanya azam, “aku punya tangki adakah?”

Azam jawab, InShaaAllah tahun depan ada (2020). Terus dia angkat tangan doa pada Allah.

“Semoga orang yang bagi tangki itu dimurahkn rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan panjang umur..”

“Bayangkanlah, itu baru azam kata tahun depan dia akan dapat belum bagi lagi tapi dia punya gembira sampai angkat tangan berdoa”,

Perkongsian diatas sebagai pembuka mata bagi kita yang tidak pernah merasai erti susah, tidak memahami erti keperluan, tidak memahami erti syukur dan sabar.

Barakallahhufeekum buat cikgu azam dan seluruh warga kerja Mads yang terus mencurah bakti untuk masyarakat kampung Pulau Jambongan khususnya.Moga Allah berkati usaha kalian.

PIKDM baru sahaja melancarkan dana Projek angkat 2020 yang mensasarkan kutipan dana bulanan sebanyak RM20,000 untuk fokus 2 projek angkat utama kami dan lain lain kos.

Sumbangan infak telahpun dibuka kalangan ahli² PIKDM. Masih mengharapkan angka terus bertambah dan mencapai sasaran PIKDM.

InshaaAllah page PIKDM ini akan terus memaparkan perkongsian berkaitan aktiviti infak, Program, Misi, Projek dibawah PIKDM skaligus menggantikan page kami yang lama (Piqd)

Kalam akhir dari saya: “Utamakan apa yang lebih diperlukan dan bantu pada yang lebih memerlukan..budayakan sikap suka membantu…bukan budayakan sikap sentiasa mahu menerima”.

Ilmu bil amal•Amal bil ihsan•Dakwah bil hikmah

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman. Semoga Allah merahmati kalian.

Sumbangan infak anda boleh disalurkan ke akaun PIKDM seperti yang tertera dibawah ini.

PIKDM AKAUN:

MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Lynnda Abbas
Pengerusi
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

#PIKDM
#PIKD
#MISITANGKI1.0
#MADS

Visit to Like my Page-https://www.facebook.com/pikdmalaysia/

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia