Projek Wakaf PIKDM – Bina Semula Madrasah Uthman Ibn Affan, Kem Pelarian Rohingya, Cox’s Bazar, Bangladesh)

Ahamdulillah selesai sudah bina semula Madrasah Uthman ibn Affan bersebelahan Madrasah Abu Bakar As Siddiq Teknaf Kem Coxs bazar Bangladesh.

Pada awalnya Madrasah Uthman ibn Affan sepatutnya dibina di kem kutupalong yang dikenalpasti untuk dibaikpulih semasa Misi.1.0 kami kesana tahun lepas.

Atas beberapa faktor kami bersetuju untuk bina Madrasah Uthman ibn Affan ini berdekatan dengan Madrasah Abu Bakar As Siddiq memandangkan keperluan disini lebih mendesak untuk menampung pelajar² Tahfiz an ‘pelajar² Alim’ ( berkitab) seramai 300 orang disini bakal dan telahpun melahirkan para huffaz dan guru agama yang berkualiti. Di Madrasah Abu Bakar As Siddiq ini sistem pembelajarannya lebih terarah.

Walau kelihatan dhoif Madrasah ini bagi kita, tidak bagi mereka..ini sudah memadai bagi mereka untuk terus mengambil ilmu dengan guru² disini..usaha kecil ini bakal memberi impak yang besar dimasa mendatang InshaaAllah.

Disini seramai 300 pelajar Tahfiz dan.Alim ditempatkan. Seramai 8 dari 11 orang guru yang ditaja gaji bulanan disini dari jumlah keseluruhan tajaan PIKDM.

Moga Allah berkati ilmu mereka dan moga Allah berkati para penginfak PIKDM yang terus bersama kami menyokong hingga kini.

Barakallahhufeekum.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM

#PKDM
#BuletinPikdm
#WRCoxsBazar
#MadrasahUthmanIbnAffan

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia