Satu perkongsian
Satu pengalaman
Satu rumah
Satu guru
Satu perasaan
Satu tujuan..
Mahu membasmikan buta huruf dan buta Al Quran kalangan Asnaf tanpa dokumen.
Tanggal 5hb Disember 2019 sesampainya team kami dari Airport terus dijemput oleh wakil kami di tawau iaitu Ust Muzafar dan Ust Iqbal, dan nasir…lalu terus menuju ke salah sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat jama’ qasar terlebih dahulu..setelah itu kami terus meluncur ke Sekolah Alternatif di kg hidayat.
Kami meluangkan separuh hari bersama anak² di sekolah alternatif tawau dengan menjamu mereka makan KFC dan air kotak.. makanan jajan, baju melayu, dan hadiah turut disumbangkan kepada anak² disini. Turut disumbangkan buku² doa, buku² wirid pagi petang serta buku poket Al kahfi. Juga sedikit sumbangan ikhlas buat guru azwan dan pak muin (tuan punya rumah).
Pada asalnya mereka hanya belajar di atas tanah beralaskan kanvas. Atas ihsan pak muin (yg juga Asnaf disitu) mewakafkan sebahagian rumahnya untuk dijadikan kelas dan ruang belajar yang mampu menampung seramai 20 orang murid kepada Cikgu Azwan yang berhasrat mahu menabur bakti percuma kepada anak² disitu.
Sewaktu sampai di lokasi, kelihatan cikgu azwan sedang mengendalikan kelas. Kami yang hadir berlima datang membawa KFC, minuman, jajan dan hadiah buat meraikan anak² disini.
Sempat saya bertanya siapa biasa makan KFC lebih dari 10 kali? Tiada yang mengangkat tangan kecuali yang lebih dari 2x ada ramai. Ada seorang murid mengangkat tangan lalu mengatakan “ini baru kali pertama”.
Bayangkan perasaan mereka bila makanan yang sukar mereka dapat dan terliur nak makan dipenuhi.
Sila tonton video ini untuk sedikit perkongsian dan tatapan para penginfak.
Setiap sen sumbangan penginfak sentiasa ada nilai yang tinggi disisi Allah.
Semoga Allah berkati rezeki para penginfak.
Jazakumullahhu khayran. Barakallahhufeekum.
Teruskan Infak!