Tanggal 17 Disember PIQD (kini PIKDM) telah menjayakan program agihan pakaian dan set persekolahan 2019 kepada 77 orang pelajar Mads, sumbangan kitab, iqra, telekung dan duit zakat. Kesemua penduduk disini adalah kategori miskin tegar. Hanya anak guru besar dan anak jururawat yang terkecuali.
Di Pulau Jambongan ini tiada bekalan air dan eletrik..dengan bersumberkan ‘generator’ mereka berkehidupan begini puluhan tahun sudah. Apa yang menarik tentang perkampungan pulau jambongan ini?
Bekalan air basuhan dan minuman perlu di beli..dirumah mereka bertong-tong air minuman yang dibeli sebagai kegunaan harian..mahu bergerak ke bandar perlu menaiki bot sendiri..tiada pengangkutan awam disediakan..kos minyak bot agak tinggi…rata2 nelayan disini berpendapatan bawah dari RM1Ribu, namun kos yang mereka perlu belanjakan untuk minyak bot, air minuman yang perlu dibeli, bekalan asas yang jauh lebih mahal dari di bandar menyempitkan lagi rezeki mereka… hanya ada sekolah rendah dan klinik desa di kampung ini…sesuatu yang menarik disini..air hujan ditadah dan digunakai sebagai sumber kegunaan buat mandian dan basuhan apa yang boleh, kebanyakan mereka disini air minuman juga bersumberkan air hujan yang dimasak terlebih dahulu..air hujan disini tidak tercemar seperti dibandar.
Masyarakat pulau ini walaupun jauh ketinggalan dari segi faktor kemudahan dan pembangunan..namun mereka mampu melahirkan generasi bijak pandai..anak-anak muda disana jauh berbeza semangat dan perjuangan dakwah mereka..kami kagum dan terharu melihat usaha keras cikgu azam dan sahabat-sahabatnya hingga berjaya membina bangunan baru Madrasah Darus Sunnah di Pulau Jambongan ini pada usia yang sangat muda mereka mampu lakukan ini semua demi menyebarkan syiar islam pada masyarakat kampung mereka.
Semangat sebegini yang semakin menghilang di kalangan pejuang agama dan pendidik yang semakin hari semakin selesa menyampaikan dakwah…namun nun di ceruk hutan dan pulau..masih ada yang menghargai kedatangan kita dan bantuan yang dihulurkan.
Jazakumullahhu khayran kepada para penginfak PIQD (kini PIKDM).