Team Misi PIQD (kini PIKDM) disertai :
Lynnda Abbas (Pengarah Projek kini Pengerusi PIKDM)
Haleiza Ismail
Azahar
Gee Idris
Izdiharuddin (Crew Media khas)
1. Misi Ziarah Pn Rosinah
16 Disember -Video 1
2. Misi Ziarah dan santuni penduduk Kg Sampah
16 Disember – Video 2
3. Misi Dakwah dan Kebajikan Pulau Jambongan MADS
17 – 18 Disember -Video 3
▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶
Bismillahhirrahmannirrahim..
Assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah azzawajalla kerana dengan izinNya telah disempurnakan oleh-Nya hajat dan hasrat kami yang sekian lama mahu sampai dan menyantuni penduduk kg sampah, Pn Rosinah dan Madrasah Darus Sunnah terutamanya.
Selama ini PIQD hanya berpeluang melihat dari kejauhan segala aktiviti infaq yang kita salurkan…kali ini PIQD rasa berbesar hati bilamana MADS memberi laluan pertama bagi PIQD merasmikan program di bangunan baru MADS. Ini juga tanda penghargaan pihak MADS menyampaikan hajat para penginfaq-penginfaq PIQD yang tidak pernah jemu-jemu mahu meraih saham akhirat melalui saluran PIQD.
Misi 3 hari 2 malam PIQD ke Sandakan 16-18 Disember dengan kerjasama MADS telah menyempurnakan beberapa program yang dirancang antaranya :
● Misi Ziarah Rumah Ibu Tunggal Pn Rosinah yang dibina PIQD melalui MADs
▪Agihan keperluan asas
▪Set Pakaian/Peralatan sekolah
▪Agihan Duit zakat
●Menyantuni Penduduk Kg Sampah
▪Agihan air kotak
▪ Roti berkrim yang dibeli dari kilang sehari sebelum berangkat sebanyak 300 biji (5 kotak besar diterbangkan ke Sabah)
▪Agihan duit zakat
▪Melihat sendiri keadaan mereka mencari rezeki dari timbunan sampah
●Ziarah MADS ke Pulau Jambongan Program penyerahan sumbangan
▪Agihan Projek sumbangan PIQD (kini PIKDM) untuk projek KKS (kembali ke sekolah) kepada seramai 77 orang murid MADS.
▪Sumbangan kitab Fiqh Manhaji
▪Sumbangan buku-buku poket pelbagai tajuk
▪Sumbangan 200 iqra (phasa 1)
▪Sumbangan duit zakat pada para ibu dan kanak2.
▪Sumbangan telekung
▪Sumbangan cenderahati dan saguhati dari PIQD (kini PIKDM) kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi Mads.
▪Dan lain-lain
Jazakumullahhu khayran kepada para penginfak PIQD (kini PIKDM).
Lynnda Abbas