Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah buat semua murid dan pelajar.

Projek Kembali ke Sekolah (KKS) 2019 dibawah PIQD (kini PIKDM) tahun ini berjaya mengutip sejumlah RM7,410 dan dana pelbagai PIQD (kini PIKDM) mencukupkan jumlah menjadi RM10k untuk perbelanjaan kos set persekolahan. Agihan disalurkan kepada kategori dhoif, miskin tegar luar bandar dan bandar.

Buat julung-julung kalinya PIQD (kini PIKDM) telah merealisasikan impian untuk turun ke Sabah di Pulau Jambongan dengan kerjasama Mads. Sebelum ini kami hanya mewakilkan MADS untuk menguruskan bagi pihak kami. Tapi kali ini kami turun padang menyalurkan bantuan kesana. Kami terbang menaiki pesawat ke Sandakan pada 16hb Disember dan pulang pada 18hb Disember 2018. 

Di Sandakan kami menaiki kenderaan mengambil masa 5 jam perjalanan untuk sampai ke jeti. Dari jeti, perjalanan menaiki bot ke Pulau Jambongan mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit untuk sampai ke destinasi. Dari destinasi penginapan kami bergerak menaiki kenderaan 4×4 menuju pula ke Kg Malalain dimana terletaknya bangunan MADS dan bersebelahan dengan Sekolah Rendah Kg Malalain. Disinilah murid-murid dikumpulkan untuk agihan sumbangan dimulakan.

Agihan sumbangan set persekolahan sumbangan PIQD (kini PIKDM) diserahkan kepada 77 pelajar miskin tegar di perkampungan ini pada tanggal 17hb Disember.
Kami rasa terharu dan berpuashati dengan keputusan yang dibuat untuk menyampaikan sendiri sumbangan ini kepada murid-murid di kampung ini. 

Berbeza sungguh keadaan murid-murid dibandar yang serba ada walaupun tidak berada..tapi disini banyak kekurangannya..namun mereka tetap berwajah jernih dan ceria..Subhanallah..Alhamdulillah Team PIQD (kini PIKDM) telah menyempurnakan tugasan dengan baik sekali. Terimakasih pada seluruh jentera PIQD (kini PIKDM) yang terlibat termasuklah Team MADS yang banyak melicinkan kerjasama program ini.

Berikut adalah senarai ringkas penerima-penerima sumbangan projek KKS 2019.

Penerima bantuan Asnaf
77 -Sabah Pulau Jambongan
2- Sandakan (Anak2 Pn Rosinah)
13- Kelantan/Trengganu (Melalui Wakil PIQD (kini PIKDM))
10-KL/Selangor 
Lain-lain – Lahad Datu

Jazakumullahhu khayran kepada penginfak-penginfak PIQD (kini PIKDM) diatas sumbangan infaq yang berterusan.Semoga Allah ganjari rezeki berganda-ganda buat penginfak semua. Semoga Allah terima amal kita.Allahhumma Aameen. 

#PIQDkini#PIKDM
#KKS
#MADS
#Projekkembalikesekolahpiqd(kini PIKDM)2019

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55532
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)