Misi 1 PIQD (kini PIKDM)(16-18 Disember) Sandakan Sabah- Team PIQD (kini PIKDM) seterusnya pada hari yang sama, 16 Disember, 2018 meluangkan masa menyantuni penduduk Kg Sampah dengan kerjasama MADS.
Melihat sendiri keadaan kampung sampah ini tidak sama dengan apa yang terlihat.
Misi PIQD (kini PIKDM) membawa sumbangan:
minuman kotak
roti berkrim
Sumbangan duit zakat
Tahukah anda mereka mengutip sisa-sisa makanan ‘expired’ dalam tin, biskut yang dah expired yang dibuang di tempat pelupusan itu? Mereka ambil basuh dan gunakan semula..kfc dan coleslaw pun mereka pernah ambil dan makan..dibasuh dan dimakan semula. Bila rasa nak membazir makanan ingatlah pada mereka mereka ini.
Jazakumullahhu khayran kepada para penginfak PIQD (kini PIKDM).