Misi 1 PIQD (kini PIKDM) ke Sandakan, Sabah 16-18 Disember, 2018. Tanggal 16hb hari pertama kami turun dari Airport Sandakan, destinasi pertama ziarah kami adalah rumah Pn Rosinah yang mana rumah yang didiami ini dibiayai kos pembinaan oleh PIQD (kini PIKDM) beberapa bulan yang lalu dengan kerjasama MADS mengantikan rumahnya yang tidak seperti rumah.
Sebelum ini bila hujan turun mereka tidur dalam kebasahan..hanya mampu mengalihkan zink di bumbung untuk berlindung dari basah..bayangkan yang menghuni dalam rumah itu ada anak2 kecil. Rumah yang piqd bina ini tidaklah semewah manapun..asal mereka boleh berteduh dan sedikit selesa dari dulu..namun kesyukuran yang dilafaz berulang-ulang oleh Pn Rosinah jelas ikhlas dari hati nalurinya.
Anak lelakinya yang terpaksa berhenti sekolah tingkatan 3 membantu ibunya dengan bekerja sebagai penggali kubur pada usia semuda itu sudah tahu tanggungjawab terhadap keluarganya. Anak perempuan Pn Rosinah yang umur 8 tahun baru sahaja memasuki sekolah dengan bantuan cikgu azam dan Mads yang menguruskan kemasukan anaknya ke sekolah..setahun anak itu tidak bersekolah akibat kemiskinan..
Si anak kecil itu pula menyusu dengan bancuhan susu pekat manis. Asal si anak boleh minum..itulah si ibu mampu beri.
Sumbangan berupa barangan asas, set persekolahan dan sumbangan duit zakat telah diserahkan semasa lawatan kami kesana..
Semoga Allah keluarkan beliau dan keluarganya dari kesempitan
hidup. Allahhumma Aameen.
Jazakumullahhu khayran kepada para penginfak PIQD (kini PIKDM).
#PIQDkiniPIKDM #Misi1PiqdkiniPIKDMMads