Misi Ziarah Darul Quran Wal Hadith (DQWH), Kuala Kangsar Rabu 18 Oktober 2018

Baru berusia 2 tahun Tahfiz DQWH yang diilhamkan oleh Maulana Fakhurazzi ini, namun perkembangan pembangunannya bergerak pantas dan tersusun.
 
DQWH ini beroperasi diatas tanah wakaf di kuala kangsar berlatarbelakangkan kebun durian dan landasan keretapi.
 
Pelajar kini seramai 33 orang dan akan bertambah lagi tahun hadapan InshaaAllah.
 
Jelas kelihatan misi dan visi sekolah ini mementingkan kualiti bukan kuantiti.
 
Pembangunan terancang, persekitaran yang bersih, tersusun, suasana pembelajaran yang selesa dan tenang. Disiplin penjagaan kebersihan dapat dilihat dari tandas, ruang makan, ruang solat serta asrama pelajar.
 
Pemilihan kemasukan yang agak ketat untuk melayakkan masuk ke DQWH ini adalah salah satu standard piawaian yang mementingkan kualiti..hanya yang terbaik dan lulus temuduga sahaja akan diterima masuk..
 
Kami sempat diperdengarkan hafazan hadith oleh beberapa pelajar disini sambil dibimbing oleh Ust Amir Farhan.MashaaAllah mereka menguasai dengan baik..
 
Melihat hasil dan  perkembangan pantas DQWH ini..pihak PIQD (kini PIKDM) merasa berbesar hati untuk turut sama menyumbang wakaf kolah bagi manfaat pelajar mandi, ambil wudhu serta membasuh pakaian di situ.
 
Kami juga dibawa melawat tapak pembinaan yang sedang dalam proses pengubahsuaian dan baikpulih..
 
Kebersihan persekitaran dan Dorm pelajar sangat selesa. Kesemua pelajar disini adalah lelaki..tapi mereka boleh buktikan mereka juga mampu buat tugasan menjaga kebersihan bersama.
 
Slogan yang dilaungkan di Tahfiz ini yang sangat berkesan 
*” Jangan tunggu disuruh baru buat”*
 
Terlihat ditampal di dinding-dinding untuk mengingatkan pelajar tentang peri pentingnya tanggungjawab ‘inisiatif’ ringan tangan tanpa disuruh buat baru nak buat..
 
Ya lah! kebanyakan budak mahupun orang dewasa terkadang pun perlu ditegur, disuruh baru dibuat..
 
Pendekatan membiasakan sesuatu perbuatan perlu dimulai dengan tabiat..
 
Tak perlu motivasi dan teguran yang berjela..cukup dengan slogan pendek sebegini untuk difahami dan diamalkan..
 
Apapun perkara baik memang perlu ada inisiatif sendiri untuk buat tanpa perlu disuruh..
 
Kami pun belajar sesuatu semalam. 
 
Terimakasih atas layanan yang diberikan oleh Tuan Pengerusi DQWH iaitu Cikgu Masri Zainal Abidin, Ust Amir Farhan serta warga kerja DQWH dan para pelajar..
 
Jazakumullahhu khayr dari pihak PIQD (kini PIKDM) untuk DQWH atas peluang infak yang diberi ini.
 
Semoga DQWH bakal melahirkan Ahlul Quran dan Ahlul Hadith yang berjasa kepada masyarakat.
 
Misi Ziarah PIQD (kini PIKDM):
 
1.Serahan Infaq Kitab2 Arab 
2.Menjamu pelajar2 DQWH Nasi Arab yang ditempah  PIQD (kini PIKDM) dari Dima Restaurant
3.Melihat sendiri keadaan Sekolah DQWH
4.Memantau Wakaf Kolah dari PIQD (kini PIKDM)
 
#PIQDkiniPIKDM
#DQWHKualaKangsar
#KDQWH
 
 
 
 

 
 
 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia