Masjid PIKDM Falana Aba Otun Ibadan Nigeria

Dibina: 27 Mei 2020
Dirasmikan: 23 Julai 2020
Dimuatnaik di Youtube: 24 Ogos 2020

Alhamdulillahhillazi binikmatihi thotimmusolihaat. Lahawla wala quwata illahbillah. Segala sesuatu yang datang dariNya untuk agamaNya akan ada jalan mudah untuk dipermudahkanNya.Itu janji Allah, dengan izinNya jua semua ini berlaku.

Walau dilihat kecil seperti surau mahupun sebuah rumah rupanya masjid ini. Percayalah! Inilah sahaja yang mereka minta kita bantu agar mampu mereka solat dan imarahkan majlis ilmu di masjid yang kecil dimata kita namun besar dimata mereka. Kita semua sudah terbiasa menikmati masjid ibarat istana dan singgahsana…namun bagi yang tiada, nikmat syukur mereka adalah cukuplah sekadar yang ada asal dipercepatkan binaannya agar dapat dimanfaatkan segera dari yang kelihatan gah mewah namun entah bila siapnya dan entah bila cukupnya dana untuk mampu terbinanya sebuah masjid yang diidamkan.

Masjid ini dibina di atas tanah wakaf seorang imam (Al Hafiz) yang juga mewakafkan sebahagian lagi tanahnya kepada PIKDM untuk projek akan datang yang bakal dibina sebuah Madrasah bagi menyebarkan syiar islam buat masyarakat disini khususnya. InshaaAllah.

Bagi penginfak pula..mereka hanya mahu merebut ganjaran pahala, selagi ada yang mahu imarahkan surau dan masjid itu, selagi ada yang mahu berbakti pada agamaNya selagi itulah saham akhirat diintai² untuk dilaburkan.

Andai kita memikirkan akan hasil cantik, kualiti dan nilai..sudah pasti mereka pun mahu yang lebih cantik dari ini. Tapi kita beri sekadarnya kerana mereka hanya mahu sekadarnya..itulah tanda syukur mereka zahirkan. Solat dilapangan itulah musolla mereka sebelum ini, itulah tanda syukurnya mereka tanpa masjid tanpa perigi dan kini sudah ada masjid dan perigi.

Alhamdulillah atas nikmat Islam, iman dan ihsan. Semoga Allah merahmati dan memberkati rezeki para penginfak masjid PIKDM ini dan semua yang menyokong usaha ini.

Barakallahhufeekum.

Terus sokong usaha kami.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM

=========================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
=========================

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my

#PIKD
#PIKDM
#BuletinPikdm
#BroadcastNewsPIKDM
#MasjidPIKDMIbadanNigeria

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia