2 Ibu Tunggal Disantuni

Lokasi 1 – Sandakan Sabah

Pn Rosinah dari kg Tbward Sandakan Sabah merupakan file asnaf PIKDM yang mendapat bantuan sedekah dan zakat berkala dari PIKDM. Sumbangan ini buat meringankan sedikit beban keluarga beliau. Urusan agihan diuruskan oleh Team MADS samaada melalui Cikgu Azam ataupun Ustaz Imran.

Jazakumullahhu khayran buat team MADS Ustaz Imran yang menyempurnakan tugasan kali ini.

Lokasi 2 – Kuala Pilah Negeri Sembilan

Ziarah bayi yang baru lahir tanpa ayah. Diwakilkan sahabat PIKDM MR ( Kak Rock & Tok Mus) untuk serahkan sumbangan ihsan mewakili PIKDM baru² ini.

Arwah Ustaz Fadhli (Pengasas Manhaj Batang Kali) yang meninggal dunia sewaktu kemalangan motosikal di Gua Musang sewaktu bayi ini dalam kandungan ibunya berusia 7 bulan. Safinah sewaktu itu mengandungkan anak yang ke 5 dari zuriat terakhir bersama arwah dan inilah harta yang ditinggalkan arwah, 5 anak yatim yang kecil² lagi usia mereka. Kesemuanya lelaki. Moga menjadi pejuang agama seperti ayahandanya. Semasa ziarah ini, bayi baru berusia 27 hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Namun masing² si ibu ini punya jalan cerita yang berbeza..hanya sahaja kecekalan dan kekuatan jiwa yang membuatkan mereka ini kuat mengharungi ujian demi anak-anak tercinta.

Itulah pengorbanan seorang ibu. Semoga Allah gantikan yang lebih baik buat kedua ibu ini.

Semoga sedikit sumbangan dari dana Pelbagai PIKDM ini dapatlah sedikit meringankan beban keluarga masing².

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman dan masyarakat umum yang menyokong kami selama ini.

Terus sokong usaha kami.

=========================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my

#PIKDM
#Kebajikan

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia