Dana Baikpulih Rumah Pak Amin Pulau Jambongan, Sabah

Bismilllah ..

Masih ingat Pak Amin Pulau Jambongan?

Kali terakhir Pak Amin menerima sumbangan infak berupa Motosikal ‘second-hand’ dan Mesin potong rumput baru dari 2 penginfak individu PIKDM yang budiman untuk membantu Pak Amin meneruskan kehidupan dengan 2 modal penting ini. Sekaigus telah banyak meringankan beban keluarga ini.

2 aset ini banyak memberi manfaat buat beliau kini. Alhamdulillah.
1. Motosikal
2. Mesin Potong Rumput

Pada masa yang sama ada yang mahu PIKDM bantu baikpulih rumah pak amin yang kelihatan uzur dan perlukan bantuan. Pada waktu itu kami tangguh dulu bantuan atas beberapa faktor. Kini PIKDM sudah bersedia membuka peluang infak baikpulih rumah Pak Amin.

Rumah beliau sedia maklum tiada ‘Generator’ untuk menerangi gelapnya malàm. Beliau pilih untuk tidak mahu memiliki kerana kos memiliki tidak mampu untuk dibeli, jika memiliki sekalipun, kos minyak petrol yang perlukan duit untuk beli dan menghidupkan ‘Generator’ setiap hari. Begitulah keadaan penduduk kampung di pulau Jambongan.

Malam rumah Pak Amin hanya bersumberkan lampu pelita.

Dinding rumahnya diperbuat dari zink dan tidak bertingkap. Hanya langsir melindungi pemandangan dari luar. Bila waktu siang bayangkan wap kepanasan dinding zink menembusi ruang dalam rumahnya.

Pak Amin antara yang terawal menerima wakaf tangki PIKDM. Mads banyak membantu keluarga ini. Alhamdulillah.

Kini sudah masanya PIKDM mahu danai baikpulih rumah Pak Amin.

Sempena bulan Muharam ini. Peluang sedekah bersama PIKDM dibuka lagi buat para penginfak yang sentiasa menanti peluang menabur saham akhirat di antara bulan² yang istimewa seperti Bulan Muharam dan hari Jumaah penuh barakah ini yang ditunggu² sentiasa.

Jazakumullahhu khayran.

#Code : PakAminP.J

Sebarang pertanyaan berkaitan Infak PIKDM boleh terus what’s App kami di nombor yang tertera di Poster.

Jazakumullahhu khayran

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM
======================
MAYBANK (PIKDM)
MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my

#PIKDM
#PakAminBaikpulihrumah
#P.Jambongan
#BroadcastNewsPIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia