Kisah Amin Si Tukang Kebun

Siapa Amin si tukang kebun ini?

Amin seorang bapa dan suami yang berusia 48 tahun mempunyai 3 orang anak yang masih kecil usia anak²nya kerana berkahwin agak lewat usia..Amin yang tinggal di kg hujung pulau Jambongan sabah telah hilang punca pendapatan sebanyak RM1 ribu gaji terakhir beliau perolehi sewaktu bekerja sebagai tukang kebun di salah sebuah sekolah di pulau Jambongan sabah tempat beliau bermastautin.

Atas alasan apa beliau diberhentikan? Ketentuan Allah dan barangkali atas faktor usia dan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan untuk diteruskan khidmat beliau di sekolah itu lagi. Namun sebagai seorang bapa yang punya isteri dan anak kecil 3 orang yang perlu ditanggung makan minum dan persekolahan, apalah pilihan yang beliau ada selain perlu terus mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan sekeluarga..dengan kemahiran dan ilmu yang terhad ditambah pula dengan peluang pekerjaan yang sangat² terhad di kampung beliau ini, telah sedikit sebanyak menghimpit lagi kehidupan sekeluarga ini.

Setakat ini beliau hanya mampu ambil upah kerja² memotong rumput di sekitar masjid dan perumahan di kg hujung dan kerja² yang mampu beliau buat untuk rezeki sesuap nasi buat keluarga.

Amin yang kini bekerja mengambil upah di sekitar kg hujung pada hari Isnin hingga jumaat untuk membolehkan beliau mendapat upah sekitar Rm400-RM500 sebulan dan pada hujung minggu beliau akan ke kg sebelah dengan berjalan kaki selama satu jam untuk mendapatkan upah RM25 je upah yang boleh diperolehinya..Pergerakan beliau kemana-mana dengan berjalan kaki kerana motor yang sebelum ini beliau miliki sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. Setiap hari beliau akan berjalan kaki selama 30minit untuk hantar anaknya ke sekolah dan 30 minit untuk ambil anaknya. Di pulau Jambongan motor merupakan kenderaan utama bagi penduduk pulau ini.

Rumahnya pula berndindingkan zink tidak bertingkap hanya langsir yang melindungi pandangan dari luar…waktu siang hari tersangatlah panas disebabkan hawa panas zink yang menembusi ruang dalaman rumah..sudahlah panas tiada pula bekalan api kerana rumah mereka tiada ‘Generator’.Bukan sahaja tidak mampu beli malah jika ada sekalipun keluarga ini perlu belanjakan wang untuk beli minyak petrol untuk hidupkan ‘generator’, makanya sudah bertahun hidup tanpa cahaya lampu dan letrik sudah alah bisa tegal biasa bagi keluarga ini. Kos perbelanjaan hidup di ceruk pendalaman ini banyak melibatkan kos pengangkutan yang tinggi, kos minyak ‘generator’ dan harga barang jauh lebih mahal dari di bandar…untuk bergerak keluar masuk pulau memerlukan kos yang agak tinggi, untuk kos pengangkutan bot dan kenderaan darat sahaja boleh mencecah RM500 untuk satu tujuan perjalanan untuk ke bandar.

Baru baru ini PIKDM telah mewakafkan 2 tangki air buat keluarga Amin. Tangki air rumah beliau yang ada sebelum ini sudah rosak dan tidak lagi berfungsi. Sebelum ini rumah amin hanya ada satu tangki sahaja untuk menampung keperluan sekeluarga. Mana² rumah yang kurang daripada 3 tangki, maksudnya mereka masih memerlukan tangki, satu tangki hanya cukup untuk tampung penggunaan dua minggu dan sekiranya hujan tidak turun dalam tempoh 2 minggu..air tadahan tangki yang ada akan habis terus dan mampu bertahan hanya 8 hari sahaja. Sumber air di pulau Jambongan ini adalah menggunakan sistem tadahan air hujan. Perigi bukan pilihan di pulau ini. Makanya air tadahan hujan bertangki adalah pilihan yang paling menepati penduduk pulau ini.

Maklumat tentang tangki air tadahan hujan di Pulau Jambongan:

Tangki air wakaf PIKDM (1600liter):

🔹Satu baldi bersamaan 10liter
🔹Satu tangki ada 160 baldi air
🔹Kalau tiada hujan, simpanan air 160 baldi itulah yg perlu digunakan utk mandi, minum, basuh pakaian, dan lain².

Bergantung pada penggunaan air bagi setiap keluarga.

Kehidupan Amin sekeluarga sangat menyedihkan dalam semua aspek:
🔹Tempat tinggal (tiada elektrik)
🔹Kenderaan (berjalan kaki untuk kemana²)
🔹Kerja ambil upah (RM400 sebulan)
🔹Tanggungan 4 org( 3 org anak 1 isteri)

Contohnya:
Amin setiap kali mandi perlukan 1 baldi siang dan 1 baldi malam. Maknanya dia menggunakan 2 baldi air sehari utk mandi sahaja.Sekiranya satu keluarga ada 5 org makanya penggunaan air berjumlah 10 baldi utk mandi sahaja bagi setiap hari. Itu tidak termasuk masak, basuh pakaian dan sebagainya.

Boleh jadi setiap hari untuk mandi, minum, basuh pakaian, dan lain² perlukan 20 baldi untuk keluarga Amin. 160 baldi(1 tangki) bahagi 20 baldi hanya bertahan 8 hari sahaja

Dalam bab beras, dia “memilih sikit”

Dulu masa misi bantuan beras PIKD, Mads ada salurkan bagi wakil kami untuk serahan 3 kampit beras kepada beliau.

Wakil kami Mads pernah beli beras cap Anggur untuk agihan pada Asnaf yang layak terima, tahu apa amin kata? Amin kata, “lain kali beli beras cap Labu. Cap labu ni beras paling murah kat sini” . Subhanallah 😥😥

Tak pernah keluar daripada mulut dia untuk “minta” melainkan dia akan kata “hutang dulu..”.dan dia memang orang yang ingat hutang, dia akan bayar walaupun dia miskin.
Itulah Amin…ini maklumat yang saya terima dari wakil Mads. Lagi membuatkan saya teruja untuk santuni Asnaf sebegini.

Dia tak boleh makan beras yang mahal. Dia kata tak biasa makan. Dia nak beras paling murah. Sungguhpun miskin dan punya
rekod hutang di kedai² runcit, namun dia akan bayar bila ada duit.selalunya orang² yang sebegini susah nak nak bayar hutang kata wakil Mads kepada saya, namun Amin org yang jenis bayar hutang bila berhutang.

Pernah sekali, dalam beberapa bulan lepas,
dia datang di tengah malam minta pinjamkan beras untuk keluarganya yang sangat keperluan..dia janji dia nak berhutang dulu beras yang diperlukan itu kerana berasnya sudah habis.

Waktu inilah hamba Allah yang membantunya bermuhasabah diri…sejak detik itu, setiap bulan infaq beras pada Amin ditanggung oleh hamba Allah ini..

PIKDM sudahpun bersetuju untuk infakkan sejumlah wang untuk nilai motor ‘2nd hand’ bagi amin yang bakal dibeli dan diuruskan wakil Mads nanti dan penjual motor juga sudi menginfakkan sebahagian nilai motor itu untuk tujuan infaknya buat amin… Alhamdulillahhillazi binikmatihi thotimmusolihaat. ..lahawla wala quwata illahbillah…

PIKDM juga akan infakkan sebuah mesin potong rumput untuk beliau manfaatkan sebagai sumber pendapatan keluarga untuk jangka masa yang panjang.

Hikmah dari kisah beras dan tangki, Alhamdulillah kini amin boleh menarik nafas lega kerana Allah hadirkan hamba²Nya yang prihatin lagi ikhlas mahu membantu keluarga ini meneruskan kehidupan yang sedikit selesa dari biasa. Moga ada kebaikan yang dapat kita sama² pelajari tentang makna ihsan.

Paparan kisah amin ini saya belum sempat kongsi dalam bilik PIKDM, namun sudah ada hamba Allah yang sudah peruntukan sedikit sumbangan zakat buat belanja dapur amin sekeluarga selama setahun..Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..moga Allah terus ganjari pahala berganda buat penginfak PIKDM dan semua yang terlibat membantu.

Allah SWT berfirman:

وَاَ نْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَاۤ اَخَّرْتَنِيْۤ اِلٰۤى اَجَلٍ قَرِيْبٍ ۙ فَاَ صَّدَّقَ وَاَ كُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh .”
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 10)

Buletin PIKDM akan terus menyajikan fail² Asnaf yang mendapat perhatian PIKDM untuk dikongsi bersama para penginfak PIKDM dan masyarakat umum. Moga bermanfaat.

Barakallahhufeekum

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM

Join PIKD Broadcast List
https://broadcastpikd.wasap.my

Like/Follow FB Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)
https://m.facebook.com/pikdmalaysia/

Like/Follow IG  Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)
https://www.instagram.com/p/B7FhjbRgmDf/…

#BuletinPIKDM
#KisahAminSiTukangKebun
#PIKDM
#MADS

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55532
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)