8 Pelajar Tahfiz Madrasah Abu Bakar As Siddiq Khatam Hafazan

Buletin PIKDM
Khamis 30 Januari 2020

Disinilah para huffaz dilahirkan saban tahun dibawah khemah berbumbungkan canvas berlantaikan tanah dan canvas mangsa pelarian sehelai sepinggang mampu hafaz Quran pada usia muda dalam serba kedhoifan.

Alhamdulillahhillazi binikmatihi thotimmusolihaat..

8 orang pelajar Tahfiz Madrasah Abu Bakar As Siddiq Kem Pelarian Rohingya Coxs Bazar dibawah Projek Angkat dan wakaf PIKDM telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al Quran pada bulan ini.

InshaaAllah ke 8 pelajar ini bakal meneruskan pengajian ‘alim’ (berkitab) di Madrasah Abu Bakar As Siddiq yang juga dibawah bimbingan guru² yang ditaja PIKDM.

●Berikut adalah senarai 8 pelajar yang telah tamat Hafazan 30 juzuk Al Quran:

1. Mohammad asem Bin Mohammad Ayub umar
(10 Tahun)

2. Mozibur rahaman bin Abul Kalam umar
(11 Tahun)

3.Saiful Islam bin Abuahammad umar
(12 Tahun)

4.Yasin arfat bin MIr kasim umar
(12 Tahun)

5. Mohammad zunaid bin zakariya umar
(13 Tahun)

6.Alif noor bin wasi urrahaman
(14 Tahun)

7. Mohammad Irfan bin Mohammad ayub umar
(13 Tahun)

8. Sirazul Islam bin Mohammad Harun /umar
(14 Tahun)

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يُنْفِقُ مِنْهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ
1936. Ibnu Abu Umar menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, dari Zuhri, dari Salim, dari bapanya, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak ada hasad (yang dibenarkan) kecuali dalam dua (hal: (hasad terhadap) seorang lelaki yang diberikan harta oleh Allah kemudian ia menginfakannya di sepanjang malam dan siang hari, dan (hasad terhadap) seorang lelaki yang diberikan Al Qur’an oleh Allah kemudian ia mengamalkannya di sepanjang malam dan siang hari’. ” Shahih: Ar-Raud An-Nadlir (897); Muttafaq alaih
Abu Isa berkata. “‘Hadith ini adalah hasan sahih”. Hadith seperti ini pun diriwayatkan dari Ibnu Mas”ud. dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

▪︎Jangan tunggu kaya baru mahu sedekah,,,bersedekahlah! nescaya kau akan kaya▪︎

JanganTunda Sedekah
Hasad Yang dibenarkan

#PIKDM
#BuletinPikdm
#WRCoxsBazar
#MadrasahAbuBakarAsSiddiq
#KemPelarianRohingyaCoxsBazarBangladesh
#8PelajarKhatamHafazanQuran

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 56037
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)