Perjumpaan dengan Dr Ibrahim Adelani dari Bn Ballo Charity Concept Nigeria

Alhamdulillah semalam kami berkesempatan meluangkan masa untuk bertemu Ustaz Dr Ibrahim Adelani yang berada di Malaysia untuk satu seminar bagi mewakili NGO beliau dari Nigeria untuk satu pembentangan kertas kerja hujung minggu ini di salah sebuah Hotel di Kuala Lumpur.

Kesempatan bertemu beliau semalam, kami sempat membincangkan tentang projek-projek yang bakal kami susun dan teruskan sepertimana yang kami telah jalinkan kerjasama selama ini. Disamping menyerahkan cenderahati, sedikit sumbangan wang dan plak tanda penghargaan kami kepada NGO beliau Bn Ballo Charity Concept, kami juga bertanya khabar tentang perjalanan kerja-kerja kebajikan dan dakwah beliau disana.

InshaaAllah di kesempatan lain..saya akan berkongsi tentang perkembangan Projek PIKDM disana. PIKDM juga akan melancarkan 2 projek yang sedang dirancang oleh PIKDM bersama Bn Ballo Charity Concept dan Dakwah Islamic School.

Jemput dengar 2 video pendek saya bersama Ust Dr Ibrahim Adelani semalam yang sempat dirakam.

#PIKDM
#BuletinPikdm
#BNBalloCharity

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia