Misi 2.0 Tangki Air Pulau Jambongan

Projek Tangki 2.0 Wakaf PIKDM yang merentasi sungai dan laut untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Dari lori ke jeti, dari jeti ke kapal, dari kapal singgah di jeti lagi..diangkut pula naik ke lori semula untuk menuju destinasi terpilih untuk dipasangkan di setiap rumah yang layak menerima sumbangan wakaf ini.

Kronologi Penghantaran Tangki Misi 2.0 Pulau Jambongan (27 Januari Ahad)

Jam 1.30pm kapal yang disewa untuk mengangkut muatan 10 tangki sampai di Jeti Paitan.

Jam 3:00 petang lori yang membawa muatan 10 tangki tiba di Jeti Paitan.

Jam 4:00 petang kapal bergerak daripada Jeti Paitan.

Jam 7.30 malam kapal yang membawa muatan tiba di Jeti Estet Genting, Pulau Jambongan.

Jam 8.30malan – Alhamdulillah, tangki dah sampai di pusat pengumpulan (Masjid Kg Hujung). InShaaAllah dalam masa terdekat akan diagihkan ke rumah-rumah asnaf.

Begitulah proses untuk beli, penghantaran, dan pemasangan sebuah tangki yang sangat rumit dan getir laluannya untuk sampai kepada yang sangat² memerlukan.

Anda nilai sendiri bagaimana sukarnya untuk mendapatkan sebuah tangki air yang besar makna buat manfaat isi rumah. Proses perjalanan yang sukar itulah nikmat yang disyukuri bagi yang tidak mampu memilikinya.. Moga Allah berkati rezeki penginfak dan penerima infak. Allahhumma Aameen.

Jazakumullahhu khayran buat penginfak Misi Tangki 2.0.

Misi Tangki 3.0 InshaaAllah akan disempurnakan pada bulan Februari.

Barakallahhufeekum Wakil MADS yang bertanggungjawab menguruskan tanpa kenal erti lelah dan penat.

#PIKDM
#MisiTangki2.0
#BULETINPIKDM
#PulauJambongan
#Mads

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia