Forum PIKDM di Cambodia (Panel : Ust Adib Gozali dan Ust Sulaiman) Telah Berlangsung

Alhamdulillah, telah berlangsung tajaan Forum PIKDM di Cambodia.

Panel : Ust Adib Gozali dan Ust Sulaiman

Lokasi : Kg Jero Kampung Cham Cambodia

Forum tajaan PIKDM ini bagi memberi sokongan buat Ust Adib dan sahabat²nya disana untuk terus berdakwah dan sampaikan syiar Islam buat masyarakat disana.

Inisiatif ini adalah julung kali diadakan dan persiapan yang dilakukan serba sederhana.

Forum sehari ini akan ditaja makanan kepada 50 remaja yang hadir. Baru² ini PIKDM telah menyediakan alat audio rakaman kepada Ustaz Adib semasa keberadaannya di Malaysia untuk beliau manfaatkan disana. InshaaAllah hari ini set audio Microphone dimanfaatkan.

Dimaklumkan hasrat beliau untuk mengadakan Forum ini semasa beliau berada di Malaysia lagi dan kita sahut hasrat baik Ust Adib itu. Fokus Forum adalah memberi kesedaran kepada remaja kemboja untuk lebih semangat mahu belajar dan jauhi rokok dan dadah. Difahamkan di Daerah ini terdapat ramai remaja yang hisap rokok dan terlibat dadah. Makanya usaha beliau untuk sampaikan dakwah kepada kaum remaja adalah sasaran awal Dakwah beliau.

Semoga usaha dakwah ini bakal memberi ruang dakwah yang lebih besar buat beliau disana. Kita sokong usaha murni ini. Selagi ianya demi menegakkan kalam Allah dan Rasul dan menyelamatkan umat dari kesesatan dan kerosakan yang lebih besar lagi..kita sama² sokong dan bantu walau sekecil apapun yang termampu. InshaaAllah dipermudahkanNya.

WhatsApp Image 2022-08-06 at 9.16.15 AM (2)WhatsApp Image 2022-08-06 at 9.16.15 AM (1)
WhatsApp Image 2022-08-06 at 9.11.57 AMWhatsApp Image 2022-08-06 at 9.11.57 AM (1)
WhatsApp Image 2022-08-06 at 9.11.56 AMWhatsApp Image 2022-08-06 at 9.16.15 AM

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia