Penyerahan 20 Helai Telekung & 10 Helai Sejadah Kepada Pelajar Madinah Bawa Pulang ke Cambodia

Semalam PIKDM menyerahkan 20 helai telekung dan 10 helai sejadah kepada Pelajar Madinah yang pulang bercuti sempat luangkan masa bersama beliau semalam yang minta PIKDM sumbangkan sedikit bahan dakwah buat beliau bawa pulang ke Cambodia pagi ini. 3 minggu berada di Malaysia atas tujuan kerja dakwah dan berkebajikan di Tahfiz lama beliau pernah khatam 30 juzuk Al Quran dulu di Maqdis Perlis.

Faelah Tolah berasal dari Cambodia kg cham tak jauh dari kg ust adib. Tamat 30 juzuk di MAQDIS Perlis kemudian melanjutkan pelajaran ke Fatani University dibawah Dr Ismail lutfi sempat habiskan bahasa Arab disana setahun dua selepas tu dapat tawaran ke Madinah Saudi..pada 2019 telah melanjutkan pelajaran ke Madinah dan baru selesai 2 tahun pengajian khusus bahasa Arab. Sekembalinya nanti pada 23 Aug ke Madinah akan meneruskan pengajian pengkhususan Syariah. Pagi ini flight balik ke Cambodia dulu dan bertolak dari Cambodia ke Madinah terus dari sana pada 23 Aug. Balik cuti baru ni setelah beberapa minggu di Cambodia beliau ke Malaysia dan berkhidmat selama 3 minggu di MAQDIS tanda terimakasih Tahfiz yang banyak menjadikan dia berjaya hari ini..di MAQDIS selama 3 tahun dia mendapat biasiswa belajar percuma tajaan Mudir Tahfiz..masa cuti yang panjang dia pilih untuk jengok tempat belajar dulu dan mengajar anak² Tahfiz disana sementara cuti yang ada ini. Beliau sejak lama nak jengok ofis PIKDM. Alhamdulillah semalam diatur masa untuk meraikan beliau.

Anak sulung dari keluarga yang susah tapi dah bantu keluarga walau sedang belajar..ada juga buat upah kerja sambilan waktu cuti hujung minggu..ada 4 tahun lagi untuk dihabiskan pengajian di Madinah. Ada bincang juga dgn Faelah nak minta dia buat video tazkirah pendek dari Madinah untuk PIKDM page..dia kata ok InshaaAllah boleh. Nanti nak buat infak di Mecca Madinah kita boleh wakil pada Faelah..Alhamdulillah perjumpaan yang tidak sia². Ikutkan nak minta dia kongsi ilmu dengan anak² ngaji juga semalam..tapi tak sempat masa terhad.

Semoga Allah berkati usaha beliau dalam pencarian ilmu dan bakal menjadi pendakwah di masa yang mendatang.

Barakallahufeekum. Sumbangan bagi peruntukan diatas bernilai RM1300. Bagi yang mahu kongsi rezeki bersama boleh lah ringankan sedikit kos yang telah dibelanjakan Pikdm. Barakallahufeekum.

20 Telekung 10 Sejadah - 1 20 Telekung 10 Sejadah - 2

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia