Ziarah PIKDM – 30 Julai 2022 – Ke rumah Tuan Azrul seorang OKU di Teluk Panglima Garang, Klang Selangor

Tonton Video di Facebook : https://fb.watch/eEZIR8FlpN/

Tonton Video di Youtube : https://youtu.be/cdC9c3XWWYQ

Ziarah PIKDM pada Ahad 30 Julai 2022 kerumah Tuan Azrul seorang OKU yang menyewa rumah di Teluk Panglima Garang Klang Selangor, berusia 42 tahun yang menghidap Diabetes semenjak usianya 26 tahun lagi..dan beliau diuji hilang penglihatan pada tahun 2018 selepas diserang stroke dan pada sebulan yang lepas beliau diuji sekali lagi terpaksa dipotong sebahagian kakinya akibat diabetic dan pada masa yang sama isterinya yang sakit selepas pembedahan Fibroid 4 bulan yang lepas terpaksa menjaga suaminya yang sakit..mandi makan minum dan segalanya diurus si isteri dan terpaksa berhenti kerja demi si suami.

PIKDM hadir menghulurkan sedikit sumbangan dan wang tunai selain memberi kata² semangat kami pula rasa ditazkirahkan..inilah ujian kehidupan. Ada hari kita pernah mencipta kejayaan di zaman muda kita..tiba satu masa Allah beri ujian berat dan pada ujian itulah kita kenal erti nikmat sihat dan Allah sebaik² tempat bergantung harap.

Sihat itu nikmat
Tatkala masih upaya

Keluhan jangan sekali
Pada hati yang reda diuji

Bukanlah satu keluhan
Inilah nikmat buat yang hilang nikmat..

Baru kenal erti nikmat selepas hilangnya nikmat..

Yang sihat ditazkirah
Jagalah kesihatan
Jagalah Allah

Dunia tak mampu dikejar
Akhirat jua menyelamatkan dunia yang dikejar tak pernah puas..

————
Tajaan Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)

Sumbangan bagi tajaan boleh disalurkan terus ke akaun:

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia