Bantuan Dapur Pek Siri 1 Covid19 di Sandakan, Sabah

Keluarga Haris disantuni semalam oleh wakil PIKDM di Sandakan Ust Imran (Tim Pengerusi Mads). Jazakumullahhu khayran buat Ust Imran.

Haris seorang nelayan, buruh kasar, suami dan bapa kepada 9 orang anak. Haris tidak mempunyai dokumen yang sah, begitu juga isteri beliau. Sebab itu anak² beliau hanya dapat bersekolah hingga darjah 6 sahaja.

Haris sebelum ini hidup berpindah randah, pernah sebelum ini beliau dihalau daripada rumah sewa, kerana tidak mampu bayar sewa rumah sebanyak RM 250 selama 5 bulan. Pada ketika itu beliau tidak mempunyai pekerjaaan, dan hasil beliau ke laut hanya cukup untuk anak dan isteri makan. Ya, dokumen yang tidak sah menyebabkan beliau susah untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Beliau bukanlah orang yang malas, bahkan beliau telah mencuba pelbagai kerja² berat, antaranya beliau pernah bekerja sebagai tukang angkat barang di pelabuhan sandakan, tukang angkat simen, tebas hutan, bina bangunan, dan macam² lagi, kebanyakan kerjanya adalah buruh kontrak, yang mana bila sampai satu tempoh, akan diberhentikan. Begitulah pasang surutnya rezeki beliau.

Haris tidak asing dengan MADS, bila saat MADS memerlukan khidmat pembaikan rumah, Haris lah yang akan MADS panggil untuk diberi kerja. Beliau pernah membaiki rumah Pn Rosinah (tajaan PIKDM) di kg Tbward Sandakan. Itulah usaha Mads untuk membantu Haris mendapat upah dari rezeki membaiki rumah.

Beliau ada keluarga yg besar utk disara dan dalam rumah beliau ini ada 3 keluarga menginap dan seramai 16 orang ini adalah kaum keluarga beliau jua. Bukan warganegara tidak bermaksud mereka tidak perlu makan dan minum. Mereka tetap manusia, yang memerlukan bantuan. Kita bantu semampunya.

Jazakumullahhu khayran buat Ust Imran yang mewakili PIKDM untuk Siri 1 Misi bantuan Dapur Pek covid PIKDM di Sandakan.

InshaaAllah sumbangan Dapur Pek Covid Sandakan akan diteruskan melalui wakil PIKDM (Ust Imran). Senarai 10 penerima yang layak sudahpun dikenalpasti untuk SIRI 1 bermula hari ini.

InshaaAllah kita sasarkan 40-50 penerima Dapur Pek covid Sandakan bakal mendapat manfaat.
Barakallahhufeekum.
*Stay Safe! Kita Jaga Kita!*
========================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my
========================

#PIKDM
#Mads
#Sandakan
#Siri1DapurPekSandakan
#DapurPekPIKDM
#covid192ndwave
#Covid19
#Kebajikan

   

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia