Fasa 2 Projek Bina Surau Sekolah Tahfiz Quran Al Fareed di Beluran, Sabah

Bismilllah…

Jumaat 16 Oktober PIKDM melancarkan

FASA 2 PROJEK BINA SURAU SEKOLAH TAHFIZ QURAN AL-FAREED

SASARAN RM44K DIPERLUKAN BAGI FASA 2

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah dengan izinNya Fasa 1 dilancarkan pada 9-13 Oktober dan kutipan bagi pembinàan Surau Sekolah Tahfiz Al Quran Al Fareed di Daerah Beluran Sabah telahpun mencapai sasaran Fasa 1 dan sejumlah RM20k telah pun dipindahkan ke akaun Al Fareed semalam dan kerja pembinaan Projek Surau telahpun bermula semalam 15 Oktober 2020.

Bagi Phasa 2 PIKDM akan mengekalkan link Website Online Infak yang sama sehingga sasaran RM92K dicapai. Semua kemasukan infak selepas tarikh 13 Oktober melalui link Online Infak https://www.pikdm.org.my/donations/stqaf/ akan dikira sebagai Infak bagi Fasa 2.

Hari ini PIKDM melancarkan Phasa 2 bagi sasaran RM44K untuk dicapai dalam tempoh 3 minggu dari tarikh ini dilancarkan. Baki sebanyak RM28K bagi Phasa 3 akan dilancarkan setelah Phasa 2 mencukupi. InshaaAllah dipermudahkanNya.

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) menyeru para penginfak untuk merebut saham pelaburan bina rumah Allah di Daerah Beluran Sabah ini yang bakal dimanfaatkan oleh pelajar dan masyarakat setempat khususnya.

Besar harapan pihak Sekolah Tahfiz Al Fareed untuk memiliki sebuah surau yang akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengembangkan syiar Islam di Bumi Sabah.

Semoga Allah merahmati kita semua. Barakallahhufeekum.

Code Infak #STQAF Fasa2
======================
Online Infak https://www.pikdm.org.my/donations/stqaf/

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my
======================
MAYBANK (PIKDM)
MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama  Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Jazakumullahhu khayran.

#PIKDM
#BuletinPikdm
#BroadcastNewsPIKDM
#AlFareed
#ProjekBinaSurauAlFareed
#Fasa2
#STQAF

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia