Bantuan Dapur Pek Siri 7 Covid19 di Tawau, Sabah

100 Karton Air Mineral sumbangan PIKDM diagihkan buat 100 keluarga.

“Sudah dua minggu ni mereka hanya mampu beli air bergelen gelen dengan orang kampung yang masih punya meter air” – Cikgu Azwan

Itulah sedikit gambaran situasi mendesak yang dikongsikan Cikgu Azwan kepada PIKDM. Hidup mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ada yang kerja nelayan ada yang kerja buruh.

Kini saat ujian Covid dan PKPB, sumber rezeki yang mampu mereka gali cari utk buat belanja hari² makin terhimpit. Kebanyakan mereka ini sudah bermastautin lama tanpa dokumen yang sah.

Cukuplah sekadar itu mukadimmah yang kami mahu kongsikan disini, selebihnya tidak penting untuk kita kongsi disini. Apa yang penting bagi kami, selagi ada wira² kecil sanggup berjuang dan melakukan kerja mulia ini untuk kita sama² tumpang pahala, makanya berterimakasihlah pada mereka² ini.

Hari ini agihan air mineral sumbangan PIKDM sebanyak 100 karton telahpun diagihkan oleh cikgu Azwan yang turut dibantu pelajar² Sek Alternatif dan orang Kampung Hidayat.

Jazakumullahhu khayran buat cikgu Azwan Pengerak (Sek Alternatif Tawau) yang mengerakkan agihan bantuan bagi masyarakat disana. Semoga Allah merahmati kita semua.
=======================
MAYBANK (PIKDM )
MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
======================
Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my
▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

#PIKDM
#SekAlternatifTawauSabah
#DapurPekCovid
#100kartonmineral
#kebajikan

   

   

   

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia