Misi Ziarah 14 Rumah Hangus Terbakar Kemboja – 9 Mac 2019 (Day 1)

Lokasi ke 3 – Swaitanom

Setelah selesai misi agihan beras, mee dan wang zakat di Kg Boat, kami bergerak ke daerah Swaitanom yang mengambil masa hampir 2 jam juga jauhnya. Ketika kami sampai di lokasi, waktu maghrib baru sahaja masuk dan kami dijamu minum air tin dan biskut. Laluan kami untuk sampai kesini agak gelap dan keadaan jalan yang tidak berturap melambatkan lagi perjalanan kami.

Sumbangan infak dari PIQD (kini PIKDM) untuk mangsa kebakaran diserahkan kepada Ketua Kampung.

Team PIQD (kini PIKDM) dan KAA meneruskan perjalanan ke Kg Cham, untuk menyeberangi Kg Cham van kami perlu menaiki feri untuk melepasi sungai mekong sebelum kami meneruskan perjalanan seterusnya untuk sampai ke Sekolah Wedo yang terletak di Phum Thmey.

Untuk sampai ke Kg Cham dari Swaitanom, van kami perlu menaiki feri menyeberangi Sg Mekong selama 15minit. Perjalanan feri dalam keadaan malam yang gelap gulita hanya bercahayakan sedikit cahaya lampu feri. Alhamdulillah sampai di tebing seberang Kg Cham, van kami meneruskan perjalanan semula untuk sampai ke Sekolah Wedo.

 

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia