Rutin Bulanan Penghantaran Keperluan Asas

6 Januari 2021

Rutin bulanan penghantaran keperluan asas Maahad Tahfizul Quran Darul Hijrah Rohingya K.L.

Semalam Tim PIKDM yang diketuai Pn Nani selaku ‘Purchasing Manager’ dan Pn Haleiza (Timbalan Pengerusi) melaksanakan tugasan pertama bagi tahun 2021 di minggu yang pertama bagi tahun ini. Belian keperluan asas hanya dibeli mengikut keperluan yang diperlukan Maahad Tahfizul Quran Darul Hijrah Kl. Setiap bulan senarai barang yang diperlukan akan dinyatakan oleh pihak Maahad Darul Hijrah sebelum PIKDM atur belian dan penghantaran.

Infak komitmen bulanan bagi Projek Angkat PIKDM juga merangkumi bajet keperluan asas bagi pelajar Maahad Tahfizul Quran Darul Hijrah Rohingya KL disini selain Projek² lain. PiKDM masih lagi mengharapkan sumbangan komitmen Projek Angkat PIKDM bagi tahun 2021 mencapai sasaran RM30k sebulan bagi menampung 5 projek Angkat 2021 sepertimana yang boleh dilihat di Poster Iklan utama PIKDM.

Barakallahhufeekum buat para penginfak PIKDM. Teruskan menyumbang.

Klik Linktree PIKDM disini untuk akses rangkaian maklumat tentang PIKDM dan cara mudah untuk Infak bersama PIKDM :
https://linktr.ee/PIKDM

Klik disini untuk daftar borang bagi komitmen Infak bulanan PIKDM:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdH3B6MkspErX1h2zQoL9WOoXFebR6zTFq78ALDAbT5E-1BMw/viewform

 
 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia