Jumaat 8 Januari 2020
▪︎ Program Senasib (Sedekah Nasi Bungkus) merasmikan Projek baru PIKDM bagi 2021 menyantuni gelandangan dan asnaf yang terputus punca rezeki.
Projek SENASIB (Sedekah Nasi Bungkus) ini dijadualkan berprogram di Pulau Pinang setiap minggu pada hari jumaat bermula pada 8hb Januari 2021 yang baru ini untuk tempoh sebulan dan bakal diteruskan jika ada dana yang mencukupi. InshaaAllah akan diadakan di setiap negeri lain juga.
Untuk Projek sulung ini, PIKDM telah memulakan inisiatif ini di negeri Pulau Pinang yang diwakili Ahli PIKDM sendiri iaitu Puan Sue Begum dan suaminya Bro Rafael yang sudah memulakan inisiatif agihan FoodPek ini sejak Mei 2020 sewaktu COVID melanda.
Baru² ini PIKDM sempat turun singgah ke Pulau Pinang bertemu beliau dan suami menyerahkan:
200 naskah zikir pagi petang
Paket Duit PIKDM
Beg PIKDM
Pelitup muka (facemasks)
Telekung
Untuk diagihkan kepada projek SENASIB dan juga santuni Asnaf Pulau Pinang.
▪︎Sedikit sumbangan wang zakat Asnaf juga turut disumbangkan kepada beliau mewakili PIKDM.
Projek : SENASIB 1.0
Tarikh: 8 Januari 2021 (Jumaat)
Lokasi agihan : Bagan, Taman Selat, Jeti.
SENASIB Pek : 35 Pek agihan
Sumbangan : Nasi goreng ulam + ayam, bubur kacang hijau, air mineral, buku poket zikir pagi petang PIKDM dan pelitup muka.
Jazakumullahhu khayran buat Pn Sue dan suaminya Bro Rafael yang mewakili agihan Projek sulung 2021 *SENASIB* (Sedekah Nasi Bungkus) PIKDM yang dilancarkan di Pulau Pinang pada hari jumaat 8hb Januari 2021 yang baru ini.
Barakallahhufeekum buat para penginfak PIKDM.
Teruskan menyumbang!
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Klik linkTree PIKDM untuk maklumat penuh boleh diikuti disini. https://linktr.ee/PIKDM
#PIKDM
#SENASIB
#SENASIB1.0
#KEBAJIKAN
#DAKWAH