Ilmu guru dan murid
Satu tujuan..satu matlamat
Kenapa dinamakan Projek angkat?
Kerana fokus dan matlamat PIKDM jelas. PIKDM memerlukan komitmen dari para penginfak untuk terus sokong usaha ini demi melestarikan ilmu dan dakwah dalam berkebajikan. Dengan ilmu kita mampu lahirkan para cendikiawan, agamawan, ilmuan, para pendakwah, para huffaz dll, namun tidak semua mereka mampu capai impian atas sebab kemiskinan, keciciran, kemunduran yang membataskan segala kemudahan, kekurangan guru dan pendakwah yang tidak sanggup bermujahadah atas jalan ini atas banyak faktor yang mengekang antara cabaran dakwah dan penyebaran ilmu terhenti dan tersekat..faktor kewangan, faktor logistik, faktor pengangkutan, faktor bahan ilmu dan lain². Inilah antara cabaran ilmu yang tidak mampu disampaikan pada yang benar² memerlukan bimbingan ilmu bila para guru dan pendakwah tidak mampu meneruskan mujahadah.
lmu dan Dakwah jangka masa pendek tidak mampu menghasilkan produk berkualiti. Para pendakwah yang turun berdakwah berkala mana mungkin mampu capai hasil yang lama..Oleh itu PIKDM sentiasa melihat usaha menaja Madrasah, para guru, pelajar dan pendakwah secara komited adalah matlamat yang jelas kerana apa yang mahu dilihat adalah hasil yang lama dan infak yang bebaloi.
Alhamdulillah setakat ini kita sudah dapat melihat hasil tuaian infak kita disini lagi. InshaaAllah saham akhirat menjadi saksi buat yang memberi.
Mahu raih disana maka mulakan menuai baja hari ini. Kita tak tahu hasil tuaian yang mana yang bakal menyelamatkan kita nanti. Semoga Allah terima setiap amal kita. Allahhumma Aameen.
Tujuan dan matlamat PIKDM mengangkat Projek ini bagi membasmi buta huruf dan buta Al Quran kalangan Asnaf, Asnaf tanpa dokumen, pelarian, mualaf, fakir miskin yang tercicir. Mereka yang serba kekurangan ini mahu dipimpin tangan untuk dibimbing. Lalu bagaimana mahu kita bantu mereka² ini?
Disinilah peluangnya..kita bantu para guru, para pejuang ilmu, para pendakwah dalam penyebaran ilmu dunia dan ilmu akhirat terutamanya..dari buta huruf, buta Al Quran kita mahu lahirkan mereka² ini menjadi insan² yang celik membaca dan celik Al Quran.
Dengan mengwujudkan peluang infak komitmen ini, sekaligus tajaan ini InshaaAllah mampu mengatasi masaalah buta ilmu menjadi *CELIK ilmu* Semua ini perlukan mujahadah yang panjang para guru dan pendakwah mengangkat isu ini. Kita hanya perlu mujahadah melawan hawa nafsu dalam memaknai erti berbakti dalam memberi pertolongan semampunya kepada para guru dan para pendakwah yang menjadi wakil bagi setiap infak kita.
Matlamat PIKDM bukan hanya mahu menyantuni perut yang lapar semata², kita mahu mereka juga kenyang dengan iman dan ilmu yang dapat membantu mereka menjadi bangsa masa depan yang lebih berkualiti lagi bermanfaat buat ummah.
Sila tonton video yang baru siap ini untuk kami bawa bersama penginfak untuk melihat lokasi projek angkat yang melibatkan guru dan para pelajar bagi tajaan Projek angkat PIKDM 2021.
PIKDM mengharapkan komitmen sumbangan dari para penginfak bagi tahun 2021 ini dapatlah kiranya diteruskan dan dana berjaya diraih seperti yang disasarkan.
Setiap sen sumbangan penginfak sentiasa ada nilai yang tinggi disisi Allah.
Semoga Allah berkati rezeki para penginfak.
Jazakumullahhu khayran. Barakallahhufeekum.
Teruskan Infak bersama PIKDM.
Lynnda Abbas
Pengerusi
====================================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Klik Linktree PIKDM untuk capaian kesemua link: https://linktr.ee/PIKDM
Klik disini untuk sertai Projek angkat PIKDM 2021 https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdH3B6MkspErX…/viewform
Ikuti video penuh pengenalan Projek angkat PIKDM 2021 di link YouTube ini