Ujian..

Qadarallah wama sha a fa’ala. Kita merancang Allah jua sebaik baik pengatur.

Banyak program yang telah di atur terpaksa di tangguh, di tunda dan dibatalkan. Alhamdulillah ala kullihal.

Arahan dari kementerian kesihatan Malaysia dan ulil amri diambil kira sebagai langkah berjaga jaga bagi mengawal penularan covid 19 dari terus merebak. Kami terpaksa akur walau berat juga untuk buat keputusan ini.

Allah turunkan ujian ini pada dunia bukan pada individu, bangsa dan negara tertentu sahaja..hikmah setiap ujian dariNya sentiasa baik buat hamba²Nya. Mungkin inilah cara Allah mahu menegur kita yang leka dan lupa..mungkin ini jugalah Allah mahu kita semua sedar, beginilah cara Allah mengatur dunia dan cara manusia mengatur dunia sudah cukup mengajar manusia siapakah yang paling berkuasa mentadbir alam ini.

Hatta negara besar China Iran dan Eropah yang takjub akan kehebatan yang mereka ada untuk menguasai dunia sedang diberi amaran, sekecil² kuman boleh melumpuhkan ekonomi dunia.

Pengajaran dari kisah Raja Namrud sudah cukup untuk dijadikan contoh peringatan dari Allah tentang seorang Raja yang sombong yang mengaku dirinya tuhan, akhirnya mati dengan serangan seekor lalat yang masuk dari rongga hidungnya dan menyelinap duduk didalam otaknya dan matinya dengan seekor lalat, dan lalat itu keluar dari hidungnya setelah dia mati tanpa lalat itu mati.

Pada saat Raja Namrud itu diuji sakit, Nabi Ibrahim alaihissalam yang pernah cuba di bakar hidup² oleh Raja Namrud namun kuasa Allah menandingi segalanya..hebatnya semangat dakwah Nabi Ibrahim a.s yang cuba dibunuh itu tetap masih mahu sampaikan dakwah untuk beliau kembali sembah Allah namun beliau tetap sombong pada Allah hinggalah beliau mati terus dalam keadaan kufur pada Allah.

Pengajaran ini boleh dijadikan peringatan akan kuasa yang Maha Hebat adalah Tuhan Yang Maha Hebat dan manusia itu senantiasa diberi pilihan untuk sempat bertaubat atau terus kufur pada Rabb yang mencipta sekelian alam ini, dan inilah salah satu mesej dakwah untuk mengajak manusia kembali kepada agama fitrah selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.

Moga dengan ujian yang diturunkan oleh Allah ini, ummat Islam terus berperanan menyampaikan mesej dakwah yang membawa manusia lain kembali bergantung harap kepada Allah disamping usaha dan tawakal ada pencipta Yang Maha Berkuasa yang perlu disembah dan ditakuti. Manfaatkan peluang dakwah pada waktu Allah datangkan ujian ini dengan hikmah.

Untuk makluman semua, program yang telah dijadualkan PIKDM terpaksa ditangguh hingga ke satu tarikh baru yang bakal ditetapkan.

Walaubagaimanapun semua tabung infak di PIKDM sentiasa dibuka, diteruskan dan masih banyak lagi dana yang diperlukan untuk kelangsungan gerak kerja PIKDM.

Moga Allah bantu kami untuk bantu mereka² yang memerlukan dengan Allah hantar rezeki dari kalian. Moga Allah berkati rezeki kita semua. Allahhumma Aameen.

Ramadhan semakin hampir tiba..sejumlah RM120,000 peruntukan untuk Projek Ramadhan disasarkan. Sokongan penginfak dalam bentuk sedekah, zakat dari individu mahupun badan korporat sangat²lah diharapkan.

Berikut adalah ‘antara’ doa zikir pagi petang yang sepatutnya kita hafal dan amalkan bacaannya pagi dan petang.Moga bermanfaat.

*Sayyidul Istighfar* :

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
“Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu dan keyakinanku terhadap apa yang Engkau janjikan, sekuat kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. (3×)
“Dengan nama Allah, dimana segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya bersama dengan namaNya, dan Dia-lah Dzat Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Dibaca 3 kali).

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. (3× إذا أمسى)
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya. (Dibaca 3 kali setiap sore).

Waullahhualam.

Jazakumullahhu khayran Khatira.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM
🔹🔹🔹🔹🔹🔹

Website PIKDM
https://www.pikdm.org.my/

Jom INFAK bersama PIKD
https://www.pikdm.org.my/donations/tdp/

#PIKD
#PIKDM
#BULETINPIKDM
#BROADCASTNEWSPIKDM
#UJIAN

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 56038
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)