Tajaan Bantuan Makanan Kucing WAWA CATS SANCTUARY (WCS)

RM6000 DIPERLUKAN UNTUK KOS TAJAAN MAKANAN KUCING SETAHUN DI WCS

PIKDM akan membuat tajaan bulanan sebanyak RM500 sebulan bagi menampung kos makanan kucing di WCS.

Wawa Cats Sanctuary (WCS) beroperasi di Kg Salor Pekan Pahang. Pengusaha WCS Pn Nani Ahmad adalah seorang pencinta kucing yang tidak mempunyai pendapatan tetap selain hanya bantuan anak² beri duit belanja bulanan..namun kecintaannya pada binatang dan haiwan sangatlah menebal..musang pun diselamatkannya..hingga berjaya dijinakkannya.

Walau akur diri tidak mampu tapi semangat yang menebal tetap mahu usahakan Wawa Cats Sanctuary. Sebelum ini beliau telah menyelamatkan banyak nyawa kucing dengan kos rawatan Vet yang terpaksa dibiayai sendiri. Kucing² terbiar yang dijumpai buta, cedera, cacat dan sebagainya cuba diselamatkan termasuk yang terkini kucing² mangsa banjir yang hanyut dan tak bertuan juga dibawa pulang untuk diselamatkan.

Pada awal Disember PIKDM berkesempatan ziarah dan melihat sendiri keadaan lebih kurang 40 ekor kucing peliharaan Wawa Cats Sanctuary yang ditempatkan khas di bahagian dapur rumah dan diberi penjagaan yang sebaiknya oleh pengusaha WCS.

Tujuan PIKDM kesana adalah untuk melihat sendiri keadaan WCS yang sebelum ini PIKDM ada juga membantu menyelesaikan bill rawatan Klinik Vet sebanyak RM500 untuk dressing dan rawatan 2 ekor kucing yang perlukan rawatan segera waktu itu. Kos rawatan ‘Vet’ semestinya mahal buat WCS untuk tampung sendiri. Namun rasa ihsan yang tinggi mahu cuba selamatkan nyawa² kucing ini beliau merayu untuk dibantu biaya kos ini dan PIKDM tampil bantu saat diperlukan itu.

Alhamdulillah kucing yang buta sebelah mata telah sembuh sihat jahitannya..manakala seekor lagi tidak lama kemudian telah sampai ajalnya. Bukan semua mampu lakukan kerja mulia ini. PIKDM ada ramai pencinta kucing dan kami mahu raikan penginfak yang mahu saham akhirat melalui jalan ini pula.

Bermula Januari 2022 PIKDM akan menaja kos makanan kucing WCS sebanyak RM500 sebulan dan perancangan akan datang PIKDM akan bina sebuah rumah kucing untuk WCS dan juga beberapa perancangan lain. InshaaAllah.

Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan ke 👇🏼

MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

CODE: #WCS

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

**Pertanyaan**
Lynnda Abbas 013-370 9583
Haleiza Ismail 016-209 4367
Shaliza Isa 019-227 4232

#PIKDM
#WawaCatsSanctuary

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia