Madrasah PIKDM di Kem Pelarian Rohingya Cox’s Bazar Bangladesh

Ustaz Abdullah dari kem coxs bazar kongsi gambar ini pagi ini. Kemudian saya tanya ustaz “kenapa ini gambar ustaz? Kemudian ustaz call saya… “Kakak mahu letak ini gambar Madrasah di Facebook pun boleh ini gambar kakak” “ooh kenapa sekeping gambar ini ustaz? tanya saya lagi..agak tak faham apa ustaz maksudkan…setelah mendengar jawapan ustaz saya melihat dari hikmah sekeping gambar ini ada sesuatu yang cuba disampaikan maksud ustaz yang mungkin saya cuba terjemahkan maksud tersirat dari sekeping gambar ini. Jawapan ustaz beri pada saya ringkas saja “Saya tengok ini Madrasah PIKDM bina tahun lepas ini cantik kakak” MashaaAllah dia mesti rasa bangga dan terharu antara banyak² madrasah pikdm di coxs bazar ini antara yang cantik dimata beliau barangkali..mungkin sedikit besar selesa dan kemas menarik dijaga baik oleh Team Madrasah Uthman Ibn Affan di cawangan ini. Mungkin itu yang mahu beliau sampaikan maksud terharunya beliau. Saya membuat kesimpulan saya sebegitu selepas mendengar jawapan ustaz.

Madrasah/asrama Uthman Ibn Affan ini lebih cantik sikit berbanding madrasah yang sebelum² ini bermula serba dhoif mereka belajar atas tanah alas canvas plastik berbumbung plastik dan dinding buluh kemudian dinaiktaraf berzink dan bersimen alas tikar getah dipasang solar dll..Projek PIKDM menaiktaraf madrasah berperingkat peringkat setakat apa yang mereka mahukan adalah memberi sedikit keselesaan buat pelajar dan guru terus mampu belajar dan mengajar disamping dapat menampung tambahan pelajar yang saban tahun terus meningkat.

Kelihatan ditanam pokok pisang di tepi madrasah. Pokok pisang ini bakal memberi manfaat buat mereka. Tanah terhad kawasan dalam kem yang padat semoga menjadi berkah hidup mereka yang serba dhoif keadaan disana namun dengan banyaknya Madrasah² yang melahirkan ramai anak² yang terbela akidah dan agama mereka setidaknya hak kemanusiaan mereka terbela disudut ini..setidaknya mereka dan kita mampu menjawab di depan Allah nanti..apa yang mereka telah buat dan kita telah sumbang untuk bantu agama Allah ini.. sekeping gambar yang dihantar memberi impak besar yang melihat dengan hikmah tersembunyi.

Waullahhu’alam.

Barakallahufeekum.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM

Boleh klik Link dibawah ini untuk ikuti Projek Angkat PIKDM 2022.
https://www.facebook.com/103032411195021/posts/470959431068982/?sfnsn=mo

#PIKDM
#projekangkatpikdm2022
#MadrasahPikdmKemCoxsBazar
#MadrasahUthmanIbnAffanKemKutupalong
#Coxsbazarbangladesh

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 50761
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)