Sumbangan Penghawa Dingin

Baru baru ini Ust Mohd Sufian selaku SU bagi KRT PPR Bukit Tehel juga Penasihat agama PIKDM telah pun menyempurnakan hajat penerima infak (PPR Bukit tehel) untuk menyiapkan bilik tuisyen sepanjang PKP ini dan PIKDM telahpun membuat bayaran untuk dana Aircond disini.

Semoga ada manfaat walau sumbangannya nampak kecil namun manfaatnya nampak besar bila ada yang mendapat manfaat ini.

Barakallahhufeekum.

Laporan dari PPR Bukit Tehel:

Alhamdulillāh projek kelas percuma untuk warga PPR Tehel kini telah bersedia untuk dijalankan. Kini kami hanya menunggu pengumuman terkini dari pihak Kerajaan Malaysia berkaitan SOP PKP. InsyaAllah jika dibenarkan kelak, bilik kuliah ini akan berfungsi sebagai kelas tuisyen dan fardhu ain percuma buat anak-anak PPR Tehel dan juga kelas agama bagi golongan dewasa dan warga emas yg menetap di sini selain aktiviti ilmu dan perkembangan minda warga setempat.

Syukur Alhamdulillah akhirnya cita-cita kami untuk menyuburkan budaya ilmu di PPR Tehel ini bakal menjadi kenyataan. Apa yg menjadi keutamaan kami adalah suasana kondusif di dalam bilik kuliah bagi menarik minat penduduk untuk hadir ke majlis Ilmu. Kami dari KRT PPR Tehel mengucapkan Jazākumullahu khayra al-Jazā’ dan terima kasih yg tidak terhingga kepada PIKDM kerana telah menaja pendingin hawa untuk bilik kuliah ini.

Semoga setiap aktiviti yg kami jalankan akan memberikan saham akhirat buat semua penginfaq sekalian.

Sekian. Wassalām

#PIKDM
#PPRBukitTehel
#Kebajikan

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia