Projek Masjid PIKDM di Ibadan, Nigeria

28 Mei dilancarkan
6 Jun sasaran tercapai

Alhamdulillahhillazi binikmatihi thotimmusolihaat.

Bismilllah..dimaklumkan tempat ini belum ada masjid dan ada imam sanggup wakafkan tanah beliau untuk bina sebuah surau pada asalnya jika itu yang mampu kita bantu, PIKDM bersetuju untuk bina masjid disini memandangkan kos bagi sebuah surau dan masjid tidak banyak beza dan sebelum ini mereka hanya solat diatas tikar dilapangan sahaja dengan tiada perigi di kawasan solat yang terpaksa diambil dipenuhi air ke dalam baldi dan dibuat air wudhu yang sangat minimal penggunaannya dengan kekeruhan warna air untuk dibuat wudhu, ada hari ketika hujan turun mereka meneruskan solat dalam keadaan bermandikan hujan..alah bisa tegal biasa..itulah gambaran manusia yang mahu membesarkan Allah tetap teguh mendirikan solat walau dalam serba kedhoifan. Apa alasan kita? Bersyukurlah..

Salah seorang imam (Al Hafiz) disini telah mewakafkan tanah beliau untuk dibina surau ataupun masjid di perkampungan ini..memandangkan beliau ada ilmu..sekaligus mahu manfaatkan tanah wakaf beliau untuk manfaat ummah dan membesarkan syiar islam di perkampungan beliau ini yang serba mundur serbaserbi ini. Namun tanggungjawab ahli ilmu sentiasa mahu bantu agama Allah walau dalam apa jua keadaan.

Pada awal perkongsian dari Ust Dr Ibrahim Adelani meninjau kawasan yang perlukan bantuan ini telah membuatkan PIKDM terus berminat untuk mengambil Projek ini dan disegerakan pembinaannya. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan hambaNya yang berhajat mahu bantu agama Allah.

Harga untuk bina sebuah masjid pada anggaran yang sangat bebaloi dan bakal dimanfaatkan oleh Komuniti Islam seramai 3000 orang disini. Gema azan dan syiar Islam akan terus bertebaran buat masyarakat disini. Inilah nikmat iman Islam dan ihsan.

Barakallahhufeekum buat penginfak² masjid ini. PIKDM dengan kerjasama BN Ballo charity Nigeria akan terus memastikan pelaburan anda bebaloi. InshaaAllah.Semoga Allah berkati rezeki kita semua. Allahhumma Aameen.

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia