Sumbangan Infak dan Zakat Bulanan

Alhamdulillah

Jazakumullahhu khayran Wakil 𝗠𝗮𝗱𝘀 yang menyempurnakan sumbangan infak dan zakat bulanan dari PIKDM buat Pak Amin dan Pn Rosinah.

Lihatlah wajah pak amin dulu dan kini…semakin bermakna senyumannya..bahagia kami melihat wajahnya kini yang sudah mampu tersenyum.

Semalam amin dibawa keluar dari pulau Jambongan ke bandar sandakan untuk urusan kemaskini akaun bank beliau yang dibantu segala urusannya oleh Pengerusi Mads (Cikgu Azam).

Cikgu azam sempat menemani beliau belikan barang dapur dari infak zakat RM500 yang disumbangkan PIKDM buat beliau untuk bulan Mac baru ini.

Cikgu azam juga sempat bawa beliau pergi kedai gunting rambut.
Bawa beliau makan restoran ayam penyet..malam bawa lagi..mahu beliau menikmati makan sedap puas puas kata cikgu azam.

Kali terakhir Pak Amin keluar dari Pulau Jambongan untuk ke bandar adalah 10 tahun yang lepas. Dulu dia keluar bandar sebab mahu buka akaun bank. Kini dia keluar ke bandar bagi tujuan aktifkan semula akaun bank yang sudah tidak aktif yang 10 tahun lepas dia buka.

Sekarang akaun BSN pak amin kembali aktif semula. Duit tabungan dan infak beliau kini disimpan terus ke akaun BSN ini. Lebih selamat bila ada simpanan didalam bank. Sebelum ini cikgu azam yang banyak bantu dia menabung.

Duit infak zakat RM500 daripada PIKDM baru ini semua dimanfaatkan untuk beli barang dapur dan beberapa barang keperluan lain juga. Alhamdulillah semua sudah dimanfaatkan sebaiknya.

🔹Barang Dapur RM385
🔹Barang2 anak (Kasut, Selipar, Beg dll) RM100
🔹Beli Sayur, buah2, dan roti2 RM100

Untuk beliau ke bandar semata² untuk tujuan buka akaun ianya melibatkan kos perjalanan, pengangkutan dan penginapan yang mungkin mencecah RM1000. Tidak peliklah kali terakhir beliau ke bandar 10 tahun yang lepas. Inipun atas ihsan bantuan cikgu azam dan Mads tiada sebarang kos yang beliau perlu keluarkan, malah dilayan penuh istimewa lagi. Alhamdulillah.

Bayangkan kos sara hidup seorang Asnaf yang tidak punya pekerjaan tetap untuk tanggung 4 orang anak dan isteri..kalau mahu ke bandar bukan atas tujuan penting mereka akan pilih untuk tidak ke bandar..kerana semuanya perlukan kos yang tinggi..apatah lagi yang serba tidak berduit..makanya hidup bermasyarakat di kg ini ada nilai ihsan sesama mereka…bagi yang punya ‘bot’ biasanya akan tumpang percuma pada yang tiada..bagi yang tiada kenderaan kereta begitulah juga cara mereka mengatur perjalanan untuk ke bandar.

Di Lokasi kedua dirumah Pn Rosinah.
Pagi tadi Ust Imran (Timbalan Pengerusi Mads) mewakili PIKDM untuk menghantar bekalan keperluan asas Pn Rosinah sekeluarga dan duit sumbangan zakat Asnaf dari PIKDM yang telah diperuntukan untuk keluarga ini untuk setahun dari penginfak PIKD yang budiman.

Jazakumullahhu khayran buat Team Mads dan para penginfak PIKDM.

Barakallahhufeekum..

=====================
Website PIKDM
https://www.pikdm.org.my/

Jom INFAK bersama PIKD
https://www.pikdm.org.my/donations/tdp/

#PIKD
#PIKDM
#BuletinPikdm
#BroadcastNewsPIKDM
#Mads
#Kebajikan

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia