Pembelian dan Penghantaran ;
1. ‘Groceries ‘
2. Buku latihan murid
Jazakumullahhu khayran buat Pengurus Projek Nani yang bertanggungjawab menguruskan belian bulanan bagi bulan Feb dan dibantu bersama Tim Pengerusi Pn Haleiza yang hadir untuk serahan buku² latihan buat pelajar Maahad Darul Hijrah bagi keperluan tahun baru ini.
Kami hadir waktu makan tengahari anak² Maahad Darul Hijrah bermula.
Satu lauk dan satu sayur setiap hari begitulah menu mereka..bukan mereka tak mahu mewah..boleh sahaja lauk² yg dihantar yang ada didalam ‘ fridge’ dan ‘ freezer’ dibuat lauk pelbagai jenis untuk menu berbeza ..tapi beginilah mereka..sudah terbiasa susah makan lauk sejenis sudah dikira nikmat jika dibandingkan di kg mereka di Arakan dan di Kem Coxs Bazar yang lebih dhoif hidup mereka..nasi berlaukkan kuah dhal kacang kuda menggantikan ayam ikan daging dan udang.
Sewaktu Misi pertama saya ke kem Coxs Bazar dulu sudah cukup mengajar saya erti lapar dan kenyang..makanya saya faham kenapa mereka mencatu lauk setiap hari, lauk yang dimaka setiap hari habis tanpa ada pembaziran.
InshaaAllah Ramadhan semakin hampir tiba. PIKD bakal mengumpul dana bagi tajaan, bantuan dan sumbangan infak sepanjang bulan Ramadhan ini dengan sasaran sebanyak RM180K.
Harapan kami agar tahun ini kita mampu meneruskan usaha ini dengan sokongan berterusan para penginfak semua. InshaaAllah dipermudahkanNya. Allahhumma Aameen.
Allah SWT berfirman:
وَا لَّذِيْنَ تَبَوَّؤُ الدَّا رَ وَا لْاِ يْمَا نَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّوْنَ مَنْ هَا جَرَ اِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُوْنَ فِيْ صُدُوْرِهِمْ حَا جَةً مِّمَّاۤ اُوْتُوْا وَيُـؤْثِرُوْنَ عَلٰۤى اَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَا نَ بِهِمْ خَصَا صَةٌ ۗ وَمَنْ يُّوْقَ شُحَّ نَـفْسِهٖ فَاُ ولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ ۚ
“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.”
(QS. Al-Hasyr 59: Ayat 9)
Terus sokong gerak kerja PIKD.
=============================
Website PIKDM
https://www.pikdm.org.my/
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
MAYBANK (PIKDM)
MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
#PIKD
#PIKDM
#WR
#ProjekAngkat