Sumbangan Dapur Pek 3.0 di Tawau Sabah Siri 3.0 4 Julai 2021

DAPUR PEK TAWAU SIRI 3
[4 Julai 2021 Ahad]

Alhamdullillah telah disempurnakan agihan bantuan Dapur Pek PKP 3.0 PIKDM kepada 50 lagi penerima bantuan untuk Siri 3 dengan kerjasama KUBA JAYA FRESH MART Tawau yang menguruskan agihan mewakili sumbangan PIKDM.

Agihan Dapur Pek bagi setiap keluarga Siri 3.0:
▪︎Keperluan Asas Dapur + Ikan

Sumbangan Dapur Pek bernilai RM50 setiap Pek.

Siri bantuan ini telah memasuki minggu yang ke 3 dan sebanyak 150 Dapur Pek PIKDM telah diagihkan dan akan tamat tajaan pada minggu yang ke 4 ini 11 Julai 2021 InshaaAllah melengkapi sasaran 200 Pek bantuan keperluan asas bagi daerah Tawau Sabah.

Terimakasih kepada seluruh team Kuba Jaya dan Sukarelawan yang terlibat membantu agihan sumbangan ini. Semoga Allah merahmati kalian.

InshaaAllah agihan Siri 4.0 akan dilakukan pada Ahad 11 Julai 2021 dan merupakan agihan terakhir bagi sasaran 200 Dapur Pek Asnaf Tawau Sabah.

Barakallahhufeekum buat para penginfak PIKDM. Teruskan menyumbang bersama PIKDM.

Peduli Prihatin Bersama kita bantu. Kita Jaga Kita. Kita Mesti Menang.

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

#PIKDM
#KubaJayaFreshMartTawau
#DapurPek3.0
#Tawau
#Kibarputih

      

        

       

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia