Sumbangan buat Pejabat PIKDM

Jazakumullahhu khayran buat para penyumbang wanita² Team PIKDM dan penginfak yang menyumbang bagi sumbangan papan Iklan, desktop, ink pencetak, papan tanda, tabung infak, kerusi meja,thermometer scan dan lain lain.

▪︎NSB&H.A▪︎BS▪︎HI▪︎NSI▪︎Noraizan▪︎SN▪︎AA▪︎H.A

Terimakasih terutamanya buat para penginfak PIKDM yang teguh bersama kami mahu lihat PIKDM terus mengorak langkah setapak lagi, setiap sumbangan yang kalian infakkan untuk kelangsungan PIKDM sungguhpun ianya dilihat kecil bagi yang melihat, besar ertinya buat kami yang menerima.

Semalam telah dinaikkan papan iklan PIKDM setelah hampir setahun PIKDM beroperasi tanpa papan iklan. Kini sudah boleh dikenalpasti dimana lokasi pejabat urusan kami. PIKDM yang turut menyediakan ruang Dewan Kuliah yang lengkap, namun tidak dapat banyak dimanfaatkan ruang Dewan kuliah yang ada ini bagi tujuan promosi kelas dan kuliah disaat COVID sedang melanda kini. Banyak kuliah dan program yang dirancang dan dijadualkan terpaksa DITANGGUH. Alhamdulillah ala kullihal.

Dewan Kuliah yang disediakan PIKDM ini adalah bagi tujuan menghidupkan majlis ilmu buat masyarakat, sekaligus buat menampung kos ‘Utilities’ PIKDM seadanya. Alhamdulillah PIKDM tetap beroperasi seperti biasa dengan terus menyumbang bakti pada masyarakat walau serba keterbatasan dana ianya bukan alasan untuk lakukan kebaikan dan memberi manfaat pada masyarakat.

Masyarakat didahulukan menjadi keutamaan kami.Sungguhpun PIKDM tidak didanai mana² badan kerajaan mahupun badan korporat, kami tetap ada disini untuk terus memberi selagi ada yang mahu beri pinjaman pada Allah untuk kami bantu dan salurkan. Dana yang kami lancar bagi tujuan Dana Pelbagai PIKDM tidaklah selaju mana sambutan bagi Projek² yang PIKDM jalankan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, syukur tetap kami panjatkan kehadratNya kerana penginfak terus memberi sokongan dan kepercayaan buat PIKDM.

Setiap sumbangan anda akan kami manfaatkan sebaiknya. Anda hulur kami bantu. Doakan PIKDM mampu istiqomah beri manfaat buat ummah sejagat. Tidak besar tidak kecil kami mahu ada sumbangan untuk ummah. InshaaAllah.

Barakallahhufeekum.

Lynnda Abbas
Pengerusi

====================================
Tidak mampu beri banyak, sedikit pun kami terima

Tabung dana pelbagai https://www.pikdm.org.my/donations/tdp/
========================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my
========================

#PIKDM
#Kebajikan
#TabungDanaPelbagaiPIKDM
#BuletinPikdm
#BroadcastNewsPIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia