Jiwa Memberi
Setiap insan yang memahami kelebihan berinfak pasti jiwanya sering rasa mahu terus memberi walau seringgit sehari sekiranya itu yang dia mampu, terkadang dirinya sudah tidak punya apa mahu diberi lagi..kerana kemanisan berinfak itu sebahagian dari sifat orang yang bersyukur dan mahu mempersiapkan hari matinya, ada yang sanggup mahu gadaikan gelang dan rantainya demi mahu memaknai erti sedekah.
Ingin saya kongsikan sedikit tentang pengalaman berinfak dan menguruskan dana² para penginfak yang hidupnya seperti pelabur yang hanya mahu melabur tanpa memikirkan untung rugi..selagi ada peluang melabur sebolehnya mahu dilaburkan..dan pelaburan yang kami tawarkan disini bukan keuntungan dunia yang pasti dapat dilihat gandaan angka yang mengaburi mata, ianya pelaburan yang tiada pulangan keuntungan untuk diharapkan setelah pelaburan dibuat.
Apa yang boleh dilihat hanyalah pada hasil yang terbina, pada objek, pada ilmu yang dimanfaatkan, adapun pada apa yang kita beri berapa jumlah nilai dan pulangannya, ganjaran disisi Allah nilainya tidak sebanding dengan pelaburan didunia ini.
Sebab itulah anjuran berinfak ini disebut didalam Al Quran dan hadis sebagai motivasi dan peringatan untuk manusia terus mahu jadi pelabur yang pasti untung dan boleh menyelamatkan kita di akhirat sana nanti.
حَدَّثَنَا مُسْلِمٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا عَدِيٌّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عِيدٍ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلُ وَلَا بَعْدُ ثُمَّ مَالَ عَلَى النِّسَاءِ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَوَعَظَهُنَّ وَأَمَرَهُنَّ أَنْ يَتَصَدَّقْنَ فَجَعَلَتْ الْمَرْأَةُ تُلْقِي الْقُلْبَ وَالْخُرْصَ
Telah menceritakan kepada kami Muslim telah menceritakan kepada kami Syu’bah telah menceritakan kepada kami ‘Adiy dari Sa’id bin Jubair dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhuma berkata; Nabi Shallallahu’alaihiwasallam keluar pada hari ‘Ied lalu shalat dua raka’at dan Beliau tidak shalat lain sebelum maupun sesudahnya, kemudian Beliau mendatangi jama’ah wanita bersama Bilal, lalu Beliau memberikan nasehat dan memerintahkan mereka untuk bershadaqah. Maka diantara mereka ada yang memberikan gelang dan antingnya
Intisari hadist ini antara nya :
1. Bagi para dai atau pendakwah hendak nya ambil peluang untuk memberi nasihat jika ada peluang atau jika ada program yang mana terdapat dalam nya ramai orang yang hadir.
2. Di anjurkan kepada para wanita untuk menghadiri majlis ilmu , terlebih lebih ilmu yang menjadi fardu Ain untuk dia.
3. Diperbolehkan bagi para wanita untuk bersedekah dari harta dia sendiri walau tanpa izin dari suaminya (dan tentu nya izin lebih baik)
4. Semangatnya para sahabiyat dahulu dalam urusan bersedekah , mereka sanggup cabut anting anting atau kalung mereka untuk sedekah setelah mendengar sabda Rasulullah akan besar nya pahala sedekah.
5. Benteng lah diri kalian dari api neraka dengan melakukan sedakah sebab dalam hadist ini Rasulullah menceritakan beberapa azab neraka bagi para isteri yang kufur atau tidak syukur pada jasa suami.
والله أعلم
======================
Online Infak https://www.pikdm.org.my/donations/pb1k/
(Minimum Infak Online Website RM30)
Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
#PIKDM
#ChannelIlmuPIKDM