‘Steam Iron’ buat Rumah Kasih Harmoni

Serahan ‘Steam Iron’ untuk bilik Dobi Asrama Putri di Rumah anak yatim dan asnaf RKH di Paya Jaras, Sg Buloh Selangor semalam.

Alhamdulillah warden dan juga pendobi ‘Ain’ siap cakap “sujud syukur saya kak”

Setiap hari beliau perlu mengosok baju anak2 perempuan disini 50 pasang sehari dan terpaksa bayar ansuran untuk miliki sebuah ‘steam iron’ milik peribadi untuk dipinjamkan disini..untuk memudahkan kerja lebih lancar dan menjimatkan masa sambil perlu memantau anak2 dirumah ini lagi sanggup beliau berhutang untuk miliki iron steam ini bagi tujuan meringankan beban kerja beliau ..simpati melihat ain mengosok baju macam bilik dobi rupanya..

Wajah seorang warden yang ikhlas lagi ceria dan bahagia ini membuatkan hati saya yang menemuramah pun rasa terpanggil untuk lancarkan dana. Rezeki untuk mereka miliki iron steam idaman ‘ain’ telah sampai masanya.

Kini warden dan pendobi bagi asrama lelaki juga ingin memiliki ‘steam iron’ ini bagi tujuan yang sama.

Kami bakal melancarkan dana ‘steam iron’ sekali lagi untuk diinfakkan ke bilik dobi asrama lelaki.InshaaAllah.

Kesemua penghuni di RKH ini lebih kurang 100 orang kanak2 dan remaja yang menghuni disini.

Jazakumullahhu khayran buat penginfak PIQD (kini PIKDM).

Video serahan klik disini


#SteamIronRKH
#RKH

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia